Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Pekerja estet warga Indonesia mati ditikam rakan senegara
Published on: Friday, September 20, 2019
By: Winnie Kasmir
Text Size:

Pekerja estet warga Indonesia mati ditikam rakan senegara
BELURAN: Seorang lelaki rakyat Indonesia ditikam sehingga mati oleh rakan senegaranya di Estet Tulid Mas, di sini, Rabu lalu.

Ketua polis daerah Supt. Kasim Muda yang mengesahkan insiden itu berkata, polis menerima laporan daripada seorang Penolong Pengurus estet itu yang mendakwa salah seorang pekerjanya cedera di perut seleaps ditikam oleh seorang lagi pekerja.

“Difahamkan, insiden itu berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi di hadapan pejabat Estet Tulid Mas di mana Penolong Pengurus itu sedang menunggu penyelia estet dan pekerja untuk sesi memanggil nama.

“Menurut Penolong Pengurus, mangsa berumur 37 tahun itu datang di hadapan pejabat dengan tombak besi kira-kira-kira pukul 5.50 pagi dan mendekati suspek yang tiba lebih awal di pejabat.

“Mangsa kemudian memukul suspek beberapa kali menggunakan tombak besi yang dibawanya. Suspek yang berumur 37 tahun itu cuba mengelak, tetapi malangnya ia terkena bahagian kanan badannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Selepas itu, kata beliau, pekerja yang berada di depan pejabat itu meleraikan pertengkaran antara mangsa dan suspek, yang mana seorang lagi pekerja membawa mangsa keluar dari tempat itu dan menuju ke kawasan menimbang.

“Penolong Pengurus itu kemudian berjumpa mangsa dan ternampak darah keluar dari perut mangsa akibat luka tikaman. Dia kemudian mengarahkan mandornya untuk menghentikan suspek melarikan diri.

“Mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Telupid sebelum di Hospital Duchess of Kent untuk rawatan lanjut bagaimanapun kemudiannya disahkan meninggal dunia akan luka tikaman,” katanya.

Kasim berkata, polis datang ke tempat kejadian selepas menerima laporan dan menahan suspek bersama pisau berukuran 28cm x 4cm dan tombak besi.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here