Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Nasib bekas pemain bola sepak Sabah, Paulus terbela
Published on: Sunday, September 22, 2019
Text Size:

Nasib bekas pemain bola sepak Sabah, Paulus terbela
TAMBUNAN: Penderitaan bekas pemain bola sepak Sabah, Paulus Jimit @ Mohd Firdaus yang menghidap penyakit angin ahmar mendapat perhatian Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa), yang mengambil inisiatif membina sebuah rumah baharu di kampung Seberang Tabilung, di sini, khusus untuk didiami bekas atlet itu.

Pemangku Presiden Safa, yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony berkata rumah baharu yang dilengkapi dengan kemudahan tiga buah bilik itu dibina di atas tanah milik pemain hebat era 70an hingga 90an itu sendiri.

Beliau berkata Paulus, 57, ​lumpuh sebelah kanan badan sehingga mengakibatkan dia tidak dapat bertutur sejak 2015, dan pemain midfield itu merupakan antara pemain kebanggaan Sabah yang seangkatan dengan legenda bola sepak negeri seperti Datuk James Wong dan Datuk Hassan Sani.

“Sepertimana yang saya umumkan sebelum ini, kita akan bina sebuah rumah kepada saudara Paulus dan pada hari ini kita menyerahkannya, dan kedudukan rumah pun berada dalam keadaan baik,” katanya kepada pemberita selepas majlis simbolik penyerahan kunci rumah kepada Paulus dan turut disaksikan pemain skuad Tambadau Sabah, di kediamannya pada Sabtu.

Peter berkata keadaan Paulus itu memberi ilham kepadanya agar Safa dapat merangka pelan persaraan untuk bekas pemain Sabah bagi memastikan kebajikan mereka terjaga selepas bersara dari bola sepak. 

Paulus yang dikurniakan enam cahaya mata itu pernah menyertai skuad belia Malaysia ke kejohanan sukan di UAE pada 1981, dan pada ​​​​​​​1983 beliau dipanggil mewakili skuad Harimau Malaya, namun terpaksa menolaknya kerana komitmen kerja di Jabatan Kerja Raya (JKR).

Tahun terakhir beliau beraksi bersama Sabah ialah pada 1990 bersama dengan legenda bola sepak Sabah antaranya Matlan Marjan dan Henry Anjun sebelum dilantik sebagai jurulatih skuad bawah 16 tahun Sabah.

Dalam pada itu, isterinya Sharifah Sudin, 53, melahirkan ucapan terima kasih kepada presiden Safa kerana prihatin dengan kehidupan mereka sekeluarga.

“Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Datuk Peter, mudah mudahan hidup kami akan lebih selesa dengan adanya rumah ini,” katanya. – Bernama  





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here