Gerakan mahu jadi pilihan alternatif rakyat pada PRU15
Published on: Sunday, September 22, 2019
By: Anthea Peter
KOTA KINABALU: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) ingin meletakkan parti itu sebagai pilihan alternatif untuk rakyat pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Presiden kebangsaannya yang baru dilantik Datuk Dr Dominic Lau berkata parti itu akan bertanding untuk kerusi pada PRU15 walaupun tidak memenangi sebarang kerusi parlimen atau negeri pada pilihan raya umum lepas.
ADVERTISEMENT
“Berdasarkan pungutan suara dan maklum balas, terdapat kemungkinan rakyat tidak akan menyokong Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada PRU15, jadi ramai antara mereka mungkin memutuskan untuk tidak mengundi.
“Jadi jika kamu tidak menyokong PH atau BN, maka Gerakan adalah pilihan yang boleh kamu pertimbangkan… Sebab itulah kenapa kita sekarang memfokuskan diri kami sebagai pilihan ketiga,” katanya dalam satu sidang media di sini pada Jumaat.
Dominic berkata jawatankuasa pusat parti itu melawat negeri ini mengadakan satu dialog tertutup bersama pemimpin-pemimpin Sabah.
“Kami tidak mahu menyerah kalah di Sabah dan sebab itulah kenapa kami di sini. Semasa mesyuarat tertutup itu, kami akan membincangkan bagaimana untuk membina semula Gerakan di Sabah,” katanya.
ADVERTISEMENT
Dominic berkata disebabkan oleh sumber terhad parti, Gerakan memutuskan untuk bertanding di Kota Kinabalu dan Tawau.
“Bagaimanapun, jumlah sebenar kerusi masih belum diputuskan.
ADVERTISEMENT
“Sebab kami memilih untuk bertanding di KK dan Tawau adalah untuk mempunyai pangkalan di kedua-dua pantai timur dan barat,” katanya.
Dominic menambah, Gerakan, sebuah bekas parti komponen BN, komited untuk tampil dengan penyelesaian dan menyokong dasar-dasar yang memberi manfaat kepada rakyat.
“Selepas kami keluar daripada BN, Gerakan menjadi sebuah parti politik profesional bebas… kami tidak menyokong PH mahupun BN…kami menyokong berdasarkan isu.
“Apa sahaja dasar kerajaan yang tidak bagus untuk rakyat, kami akan kritik… dan tampil dengan penyelesaian.
“Kerana menunjukkan kelemahan dasar kerajaan memang mudah… tetapi untuk tampil dengan penyelesaian bukan mudah.”
Tambahnya, Gerakan berkemampuan untuk melakukan demikian memandangkan pengalaman parti terbabit memerintah kerajaan negeri Pulau Pinang, bersama Tun Dr Lim Chong Eu dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sebagai bekas Ketua Menteri Pulau Pinang.
Dominic percaya Gerakan boleh mencipta perbezaan kerana dakwanya parti tersebut bebas rasuah.
“Yang baiknya ialah kami sangat bersih. Dengan kepimpinan baharu yang kami ada, kami tidak ada sebarang bagasi, kerana kami semua belum pernah menjadi Menteri sebelum ini ... jadi kami hijau dan bersih.
“Jawatankuasa pusat sudahpun memutuskan pada PRU15 akan datang, parti akan menggunakan logonya untuk bertanding,” katanya dan menambah, namun ia memberikan cabaran baharu kerana kurangnya kesedaran mengenai parti itu dalam kalangan generasi muda.
“Sebahagian anak muda tidak tahu Gerakan, inilah kelemahan kami dan cabaran yang akan kami hadapi,” katanya.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Parti terbabit akan mengadakan Persidangan Delegasi Kebangsaannya pada November ini dan ia dibuka kepada semua ahli.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menggesa semua ahli dan veteran Gerakan yang tidak aktif tetapi masih menyayangi parti agar menghadiri Persidangan Perwakilan Kebangsaan kita pada 16 November depan,” katanya.