HEADLINES :


ADVERTISEMENT




Penjara LD dijangka siap November tahun depan
Published on: Friday, October 04, 2019
By: Efa Rizan

LAHAD DATU: Projek pembinaan Penjara Lahad Datu yang sedikit lewat daripada jadual dijangka akan siap sepenuhnya pada November 2020.

Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Samsuni Mohd Nor berkata, projek yang sehingga 30 September lalu mencatat kemajuan fizikal sebanyak 46 peratus berbanding 62 peratus mengikut jadual berdepan dengan beberapa kekangan.

“Meskipun menghadapi permasalahan dengan pihak komtraktor, pihak berkuasa tempatan serta pemantau Jabatan Kerja Raya, projek berkenaan dijangka akan siap mengikut tempoh yang ditetapkan.

“Perbincangan secara harmoni dan berpasukan telah dibuat bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi,” kata beliau.

Samsuni berkata demikian ketika lawatan Pemantauan Projek Pembangunan Negeri Sabah di tapak pembinaan Penjara Lahad Datu, Khamis.

Samsuni berkata hasil perbincangan dan permuafakatan tersebut, pihak kontraktor telah berjanji akan menyiapkan projek ini mengikut tempoh yang ditetapkan.

Penjara yang boleh menempatkan sehingga 1,000 banduan tersebut dibina atas tapak dengan keluasan 20.10 ekar dan mula dibina pada November 2017.



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular