Kerajaan diminta jelaskan kenapa negeri-negeri Borneo tidak dapat manfaat subsidi minyak
Published on: Tuesday, October 08, 2019
KOTA KINABALU: Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri) menyatakan rasa terkejutnya kerana rakyat Sarawak, Sabah dan Labuan tidak akan mendapat manfaat daripada skim subsidi petrol yang akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2020.
Ahli Jawatankuasa Pusat Anak Negeri, Hendrew Sigar, berkata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mesti menjelaskan kenapa negeri-negeri Borneo sebagai pengeluar minyak tidak diberikan ganjaran dengan subsidi bahan petrol.
ADVERTISEMENT Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Katanya, hakikat bahawa Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan mengekalkan harga petrol pada RM2.08 seliter adalah tidak wajar.