HEADLINES :


ADVERTISEMENT




Dakwaan sempadan tanah kampung dicerobohi
Published on: Wednesday, October 09, 2019
By: R Gonzales

TUARAN: Seramai 50 penduduk Kg Tiong Tomburong di Jalan Tomis, Kiulu berkumpul di pekarangan Mahkamah Anak Negeri (MAN) Kiulu di sini, Selasa bagi menyatakan sokongan tuntutan sebahagian kawasan sempadan tanah adat kampung yang didakwa dicerobohi membabitkan anggaran seluas 4.05 hektar.

Difahamkan, pembukaan fail tuntutan yang mengambil masa bermula jam 10 pagi sehingga jam 12.10 tengah hari itu adalah susulan keputusan pelan sempadan awal antara wakil Kg Tiong Karanaan dan MAN Tamparuli pada Disember 2016.

Bagi usaha mempertahankan kedudukan sempadan terbabit, penduduk Kg Tiong Tomburong berkumpul di hadapan pintu masuk MAN Kiulu sambil menunggu perbincangan dan fail pembukaan selesai antara wakil penduduk dan Ketua Daerah Kiulu, Daukim Gilu.

Wakil penduduk Kg Tiong Tomburong, Rusinah Sinti mendakwa kawasan tanah kampung dicerobohi penduduk Kg Tiong Karanaan apabila sebahagian kawasan tanah digunakan sebagai tanah perkuburan penduduk kampung terbabit.

Beliau turut mendakwa penduduk Kg Tiong Karanaan menandakan sempadan baharu menggunakan batang kayu yang dicat berwarna merah sepanjang 120 meter.

“Tindakan itu melebihi sempadan asal di Sungai Tonuui yang dihormati pemimpin asal di kedua-dua kampung sejak zaman nenek moyang kami,” katanya ketika ditemui selepas tamat mengemukakan fail tuntutan, Selasa.

Rusinah yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Muafakat Kampung (LPAMK) mendakwa tindakan menandakan sempadan baharu melebihi Sungai Tonuui itu melibatkan kawasan tanaman pertanian, kemudahan awam, gereja serta tanah Kampung Tomburong.

Sementara itu, bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Tomburong, Loidah Gokin, 49, berkata isu terbabit bermula sejak 2014.

“Meskipun sempadan asal di Sungai Tonuui yang menghubungkan Sungai Goruntung dan Sungai Kiulu itu tidak memiliki perjanjian kertas hitam putih, namun ia harus dihormati kerana adat sejak turun-temurun dan disebabkan tindakan menandakan sempadan baru itu, ia menyebabkan pertikaian penduduk antara dua kampung,” katanya.

Kg Tiong Tomburong mempunyai lebih 20 buah rumah terdiri daripada kira-kira 400 penduduk yang kebanyakannya petani dan penoreh getah.

Difahamkan, pihak mahkamah akan memaklumkan tarikh perbicaraan seterusnya untuk menentukan keputusan.



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular