HEADLINES :


ADVERTISEMENT




Pemberian subsidi  petrol langkah  tepat: Mahathir
Published on: Wednesday, October 09, 2019
By: Bernama

KUALA LUMPUR: Pemberian subsidi minyak melalui Program Subsidi Petrol (PSP) adalah langkah tepat oleh kerajaan dalam memberikan bantuan hanya kepada golongan B40 sahaja, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata ia bagi mengelakkan golongan yang tidak sepatutnya daripada menikmati subsidi minyak daripada kerajaan.

“Kita dapati setelah dikaji, ada mereka yang memiliki enam kereta yang mendapat nikmat subsidi minyak sebab itu kita beri cuma untuk satu kereta sahaja daripada golongan B40.

“Kita tidak boleh bagi subsidi kepada orang kaya dan kita lihat subsidi lama yang guna kereta mewah seperti Rolls-Royce pun dapat subsidi.

“Ini adalah bantuan tepat kepada mereka yang memerlukan bantuan, bukan mereka yang ada kereta mewah pun dapat subsidi minyak daripada kerajaan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini pada Selasa.

Dr Mahathir mengulas pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail semalam bahawa PSP yang dilaksanakan mulai 1 Januari 2020 bakal meringankan beban kira-kira 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) berkenderaan di Semenanjung Malaysia. – Bernama

 



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular