HEADLINES :


ADVERTISEMENT




Impian Selvin Sylvester hasilkan lagu daerah tercapai
Published on: Thursday, October 10, 2019
By: Joy Bruno

SUDAH melahirkan tiga single sebelum ini dengan mengetengahkan pelbagai genre kini, penyanyi Selvin Sylvester menampilkan satu lagi single terbaru bertemakan daerah kelahirannya iaitu Kota Belud yang berjudul Tamu Kota Belud.

Penyanyi yang sebelum ini dikenali melalui lagu jenaka bertajuk Selamat Pagi Sarajan ini berkata, untuk lagu ini dia memilih genre lagu rakyat sesuai dengan penceritaan dalam lagu tersebut. 

“Ada juga lagu saya yang membawakan pop balada dan yang berunsurkan nasihat tetapi saya suka mencuba semua genre lagu dan tidak mahu tertumpu pada satu genre sahaja.

“Memang selama ini saya ada memasang niat untuk buat lagu bertemakan kampung saya dan lirik lagu ini pun saya hasilkan secara sepontan.

“Sebelum meneruskan rakaman, saya bertanya dan meminta pendapat komposer lain iaitu Nazri Saidali, Asmin Mudin dan Ramli Carlo tentang lirik lagu ini.

“Memang agak teruja dapat bekerjasama dengan komposer yang memang hebat dalam industri hiburan kerana banyak idea yang mereka ketengahkan.

“Nazri dan Ramli memberi idea dalam pembikinan lagu ini khususnya pada lirik dan idea tentang melodi sementara tajuk lagu diberi oleh Asmin Mudin bersama dengan saya, susunan muzik dibuat oleh Jasni Yacob dari BMR Studio,” katanya.

Katanya lagi, lagu itu siap sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan dan sudah pun dihantar ke stesen radio seperti KupiKupifm antara lain.

Kisah lagu ini lebih kepada memperkenalkan Kota Belud kepada masyarakat di luar kerana di daerah ini banyak tempat-tempat yang menarik untuk di kunjungi.

Bercerita tentang bagaimana dia membahagikan masa antara kerjayanya sebagai seorang kakitangan awam dan nyanyian, Selvin berkata dia lebih mengutamakan kerjaya hakikinya.

“Bidang nyanyian ini lebih kepada pengisian masa lapang saya. Saya tidak fokus sepenuhnya dalam bidang seni tetapi tidak juga akan berhenti dan akan sentiasa berkarya dalam pembikinan lagu serta menyanyi.

“Sekarang ini saya sedang dalam  perancangan menyiapkan mini album saya yang dijangka akan dikeluarkan pada awal tahun depan, semoga semua berjalan lancar.

“Dan harapan saya melalui single baru ini juga agar ia dapat diterima baik oleh semua, terutama warga Kota Belud kerana lagu ini khas untuk mempromosikan keindahan Kota Belud.

“Saya berterima kasih kepada semua rakan-rakan yang sentiasa mengikuti dan menyokong perkembangan karya seni saya.

“Tetapi sebenarnya semua pengiat seni memang memerlukan sokongan dari keluarga, rakan-rakan atau pendengar supaya terus maju ke depan dan lebih rancak lagi mewarnai hiburan tanah air kita, tanpa sokongan mereka kami tidak akan ke mana.

“Dan saya juga akan sentiasa cuba memperbaiki kekurangan dalam bidang seni dari semasa ke semasa.

“Sekarang ini zaman milinium yang mana artis itu perlu bijak untuk mencari, merebut dan berani mencuba peluang yang ada.

“Kalau hanya berniat tapi tidak ada usaha pasti tidak akan ke mana, perlu ada niat, usaha dan doa barulah boleh terus maju dan berjaya,” kata Selvin mengakhiri perbualan.

joybrunolim@yahoo.com



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular