ADVERTISEMENT


HEADLINES :




‘Sejarah leluhur penduduk Borneo bermula 70,000 tahun dahulu’
Published on: Thursday, October 10, 2019
By: Sherell Jeffrey

KOTA KINABALU: Sejarah leluhur penduduk di Borneo dan terutamanya di Sabah, bermula 70,000 tahun dahulu dengan kedatangan pertama dari migrasi keluar dari Afrika, menurut Profesor Dr Stephen Oppenheimer.

Profesor Sekolah Antropologi Universiti Oxford mengatakan bahawa pada masa itu, Sabah merupakan sebahagian daripada tanah besar Asia Tenggara yang menghubungkan Jawa dan Sumatera untuk membentuk Benua Sunda yang besar.

Beliau mengemukakan bahawa banyak kepelbagaian ciri-ciri asal genetik yang tiba 70,000 tahun yang lalu masih terdapat di rantau Sunda, di Barat Daya dan Asia Tenggara.

Dr Oppenheimer yang juga merupakan pakar pediatrik British, ahli genetik serta penulis berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama pada Indigenous People of Sabah Symposium dari pelbagai perspektif disiplin di UMS di sini, Rabu.

Teorinya adalah bahawa Zaman Ais kemudiannya datang, mengakibatkan paras laut yang sangat rendah, meningkat sehingga 100 meter.

Ini berlaku dalam tiga paras laut yang meningkat antara 14,000 dan 8,000 tahun yang lalu.

Beliau menyetakan bahawa salah satu kesannya ialah orang yang tinggal di kawasan pesisir dan di kawasan rendah akan mengalami banjir dan mereka perlu meninggalkan tempat itu.

“Kerana terdapat hutan di belakang mereka, mereka terpaksa melalui laut dalam bot dan mereka keluar dari Borneo ke Filipina di mana terdapat beberapa gunung dan bahagian lain di Borneo di mana terdapat lereng curam,” katanya.

Dia mendakwa orang ramai bergerak di Asia Tenggara antara 14,000 tahun hingga 11,000 tahun yang lalu, dan ia adalah 8,000 tahun yang lalu apabila paras air kali ketiga naik.

“Ini bermakna terdapat banyak kepelbagaian genetik asal di pelbagai bahagian Borneo dan di Sabah yang berpindah pada masa itu sekitar 11,000 dan 14,000 tahun lalu, sebahagian berpindah ke Filipina, sebahagian berpindah dari Filipina ke Borneo dan sebahagian dari Borneo ke Jawa, sebahagian lagi ke Sumatra.

“Orang berpindah dimerata-rata tempat itu, oleh itu ia cenderung utnuk bercampur,” katanya sambil menambah bahawa ia adalah sebelum zaman Neolitik apabila prang memulakan penternakan, membuat pasu, dan banya lagi.

Beliau menyatakan kepelbagaian dan kerumitan Asia Tenggara sudah sangat rumit kerana disebabkan banjir besar pada awalnya dan kemudiannya mencampurkannya.

Kemudian terdapat dua peluasan Neolitik yang dapat dikesan dalam rekod arkeologi oleh pelbagai jenis tembikar, tembikar bewarna merah dan termbikar bertanda kord. 

Tembikar berwarna merah, katanya adalah tembikar yang diletakkan cecair bewarna mereh di dalamnya dan kemudian dibakar supaya warna merah boleh dilihat dalam tembikar tersebut.

Katanya jenis tembikar tersebut boleh ditemui di Taiwan, di Filipina, sedikit di Sabah dan Sulawesi, dan tidak ditemui di bahagian barat.

Beliau menyatakan bahawa kewujudan tembikar ini menandakan kedatangan beberapa petani daripada Taiwan melalui Filipina.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa impak tersebut tidak tinggi berbanding dengan kromosom putih (white chromosomes) iaitu garis keturunan lelaki kira-kira 41 peratus daripada kromosom putih Sabah dikongsi dengan jenis kromosom putih yang ada pada kumpulan orang asli Taiwan.

Katanya pengaruh pada keturunan ibu mungkin melalui DNA yang kurang dari 20 peratus atau kurang daripada itu.

“Mungkin ada penghijrahan lelaki dari Taiwan, tetapi pada akhirnya bukanlah keturunan utama rakyat Sabah, kebanyakan nenek moyang rakyat Sabah telah berada di sini lebih lama, puluhan ribu tahun,” katanya.

Dia sekali lagi menyatakan bahawa Borneo telah menjadi tempat penghijrahan sebelum zaman Neolitik ke utara ke arah Taiwan dan naik menuju Filipina.

Beliau bersetuju bahawa terdapat bukti keturunan yang datang dari Sabah hingga Taiwan antara 11,000 hingga 8,000 tahun yang lalu.

“Terdapat orang yang bergerak ke utara dan selatan tetapi pergerakan ke utara lebih awal antara 8,000 hingga 6,000 tahun yang lalu, manakala pergerakan selatan kemudiannya dan dengan tembikar dan pertanian kira-kira 4,000 tahun yang lalu,” katanya.

Beliau juga berpendapat terdapat ruang untuk lebih banyak penerokaan ke dalam sejarah Sabah, genetik dan arkeologi orang asal kerana Negeri ini adalah salah satu bahagian yang pelbagai di Asia, secara linguistik dan genetik.

Beliau berkata Sabah adalah penting kerana berdekatan dengan Filipina, yang menghubungkan dengan Palawan dan Laut Sulu.

“Lebih banyak penyelidikan terhadap arkeologi dan prasejarah genetik dan sebagainya sangat penting,” katanya.

Beliau berkata sejarah budaya dan linguistik semua kumpulan etnik di rantau ini dan untuk menggabungkannya dengan kajian genetik individu kumpulan etnik yang berbeza di rantau ini adalah penting.

“Lebih cepat analisis seperti itu dilakukan, mungkin lebih baik dari segi pemahaman prasejarah Sabah kerana jelas seiring dengan perjalanan masa, semakin ramai orang akan keluar, orang lain akan masuk, jadi penduduk berubah. 

“Saya fikir ia sangat penting dan pembangunan baru ini di Sabah, dengan lebih banyak kerja genetik dan kerja linguistik, saya rasa ia hebat, saya fikir ia adalah budaya yang sangat penting untuk identiti orang,” katanya.

Turut hadir ialah Pemegang Kursi Kadazan-Dusun merangkap Pengerusi Penganjur Prof Dr Andreas Totu dan Dekan Prof Dr Jualang Azlan Gansau. 



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular