HEADLINES :


ADVERTISEMENT




Polis Papar tahan empat lelaki, rampas syabu bernilai RM2,700
Published on: Thursday, October 10, 2019
By: Jeremy S Zabala

PAPAR: Polis di sini menahan empat lelaki dan merampas syabu bernilai RM2,700 dalam beberapa siri serbuan yang dijalankan di daerah ini.

Dalam kes pertama, Ketua Polis Daerah DSP Batholomew Ak Umpit berkata tiga suspek, berusia 24 hingga 36 tahun, ditahan sepasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik pukul 11.10 malam, Isnin lalu susulan pemantauan seminggu yang dijalankan ke atas sebuah rumah di Kampung Biau Bongawan.

Semasa serbuan itu, beliau berkata, suspek, dua daripadanya mempunyai rekod jenayah membabitkan dadah, ditemui dalam sebuah bilik ketika membungkus dadah di mana polis kemudian menemukan 11 plastik lut sinar mengandungi  33.18 gram syabu, bernilai RM2,200.

Batholomew berkata penahanan dibuat ke atas seorang penganggur lelaki berusia 39 tahun setelah didapati mempunyai tujuh paket lut sinar yang mengandungi 5.10 gram syabu bernilai RM550 di sebuah rumah di Kampung Padawan.

“Lelaki berkenaan, dipercayai seorang pengedar dadah, menyimpan dadah di dalam kontena ungu yang diletakkan di dalam beg sandang yang dibawanya,” kata beliau kepada pemberita pada sidang media di IPD Papar, di sini, Selasa.

Kedua-dua kes disiasat di bawha Akta Dadah Berbahaya 1952. Dalam perkembangan lain, Batholomew berkata polis daerah itu menahan kira-kira 866 individu dalam beberapa siri serbuan dadah yang dijalankan dari Januari hingga 8 Oktober, 2019 dan merampas 247.56 gram dadah.

Katanya, 80 peratus suspek adalah rakyat tempatan manakala 30 peratus daripada jumlah itu tidak bekerja dan tiga lagi ditahan kerana mengedar dadah.

“Kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2), Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” tambahnya.

Katanya, polis, khususnya di daerah ini akan sentiasa komited dan bersungguh-sungguh bagi memerangi sebarang aktiviti jenayah khususnya yang melibatkan dadah.



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular