Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


ATPP Shah Alam rangkul gelaran kedua dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Borneo
Published on: Sunday, October 13, 2019
By: GL Oh
Text Size:

ATPP Shah Alam rangkul gelaran kedua  dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Borneo
KOTA KINABALU: ATPP Shah Alam merangkul gelaran kedua mereka dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Borneo apabila mereka memenangi gelaran bawah 11 tahun, menyusuli kemenangan mereka dalam kategori bawah 12 tahun dua hari sebelum itu.

Bagaimanapun pasukan junior itu cemas seketika sebelum mengatasi Caloundra dari Australia apabila mereka bangkit dari ketinggalan satu gol pada separuh masa pertama untuk menang 3-1 di final yang berlangsung di Stadium Likas pada Sabtu.

Dua pasukan itu bertemu pada pusingan awal di mana Caloundra dibelasah 6-0 oleh ATPP dalam perlawanan Kumpulan A.

Sementara itu, tempat ketiga dimenangi oleh Malaya dari Filipina yang membalas dendam terhadap kekalahan 4-1 di peringkat kumpulan dengan menewaskan FC Kuala Lumpur 2-1 dalam aksi play-off.

Pasukan dari Indonesia, Astam SS menduduki tempat kelima selepas menewaskan UM FC dari Kota Belud 2-0, dan tempat ketujuh ialah Dreaming Football dari Filipina yang menang 5-1 menentang Tabs.

Kejohanan tahunan itu yang bermula dua minggu lalu menyaksikan DTC Pasir Gudang merangkul gelaran bawah 16 tahun dengan kemenangan 2-0 ke atas Malaya di final.

Gelaran bawah 15 dimenangi oleh MFC dari Filipina yang menewaskan Indonesia Muda 1-0 menerusi penentuan penalti di final, dan final bawah 14 menyaksikan Indonesia Junior League (IJL) All Stars menewaskan MFC Filipina 1-0 pada masa tambahan. 

Sementara itu gelaran bawah 13 dimenangi oleh satu lagi pasukan dari Indonesia BIMO yang menewaskan MFC 4-1, dan ATPP membelasah Tabs 8-0 untuk memenangi gelaran bawah 12 tahun.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here