Strok: Kurang kesedaran kekal penghalang utama
Published on: Sunday, October 13, 2019
By: Cynthia D Baga
KOTA KINABALU: Kurang kesedaran mengenai strok kekal menjadi penghalang utama terhadap rawatan dan pencegahan berkesan kata Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Frankie Poon.
Poon berkata seperti yang diketahui mencegah lebih baik daripada merawat dan strok bukan hanya menjejaskan pesakit tetapi juga ahli keluarga dan orang tersayang.
ADVERTISEMENT
“Strok adalah ancaman kesihatan global. Strok boleh dihidap oleh sesiapa sahaja pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.
“Hari ini, ia merupakan salah satu punca kematian dan hilang upaya seluruh dunia.
“Ia kekal sehingga kini menjadi kebimbangan kesihatan utama di semua negara, termasuk Malaysia.
“Peningkatan bilangan pesakit didiagnosis menghidap strok akut.
ADVERTISEMENT
“Menurut data yang diterbitkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2017, 11,31 peratus kematian yang dilaporkan di Malaysia disebabkan oleh strok.
“Bagaimanapun, strok boleh dicegah,” katanya dalam ucapan yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr Christina Rundi yang mewakili Poon merasmikan Kempen Kesedaran Strok yang dianjurkan oleh Jesselton Medical Centre (JMC) di Avangio hotel, di sini, Sabtu.
ADVERTISEMENT
Poon berkata pemahaman mengenai punca strok dan peruban gaya hidup telah membuktikan untuk mengurangkan kadar kematian daripada strok.
“Pesakit dan ahli keluarga sering memerlukan bantuan dan sokongan moral.
“Tekanan darah tinggi, penyakit jantung, kolesterol tinggi, diabetes, obesiti, perokok, dan perokok pasif adalah faktor risiko yang perlu kita semua sedar.
“Banyak yang boleh dicegah melalui gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang,” kata Poon.
Menurut Poon, tujuan program itu pada Sabtu ialah bukan hanya meningkatkan kesedaran terhadap pencegahan strok tetapi juga membantu bekas pesakit strok meneroka dan hidup normal dan ahli keluarga mereka untuk menjalani perubahan dalam gaya hidup mereka.
“Saya berharap program seperti ini menggalakkan terutamanya dengan sektor swasta bekerjasama dengan hospital awam dan NGO untuk mewujudkan masyarakat yang lebih baik,” katanya.
Pada majlis itu, terdapat beberapa topik yang telah diterangkan kepada peserta seperti pengenalan strok oleh Dr Shawin Pakiras, kesedaran dan pencegahan strok oleh Dr Richard Ng Kah Pun, peranan fisioterapi dalam pemulihan strok oleh Dr Jamie Joseph, pemulihan strok oleh Maryanne Tunick dan strok dan kehilangan pendengaran oleh Timothy Wilfred Jepos.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Turut hadir di program tersebut ialah Pengarah JMC Medical Dr Tseu Fui Loong.