Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Masyarakat disaran kenali produk kewangan BNM
Published on: Sunday, October 13, 2019
By: Mardinah Jikur
Text Size:

Masyarakat disaran kenali  produk kewangan BNM
SANDAKAN: Masyarakat disaran mengambil peluang untuk mengenali setiap produk kewangan yang ada di Bank Negara Malaysia (BNM).

Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Abu Hassan Alshari Yahaya, berkata ini termasuk mengetahui aspek-aspek kewangan agar mereka dapat mengendalikan aspek kewangan masing-masing dengan lebih baik.

“Peluang ini antaranya dapat diperoleh menerusi Karnival Kewangan yang dilaksanakan oleh BNM,” katanya.

“Satu lagi aspek yang kita bawakan menerusi karnival kewangan ini juga tentang bagaimana untuk meningkatkan keusahawanan kalangan masyarakat setempat dan menambah pendapatan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Karnival Kewangan Sabah anjuran Bank Negara Malaysia di perkarangan Harbour Mall Sandakan pada Sabtu.

Ia dirasmikan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Hashim Paijan.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Link dan Pejabat BNM, Datin Arlina Ariff dan Ketua Pejabat BNM Kota Kinabalu, Zambre Ismail.

Antara pembaharuan karnival kewangan pada kali ini adalah BNM menjemput 12 syarikat di Sabah yang menawarkan kira-kira 350 peluang pekerjaan.

Pelbagai ruang pameran berkenaan kewangan dan berkaitan juga turut di buka pada karnival dua hari itu termasuk kaunter bank, agensi dan Jabatan Tenaga Kerja.

Karnival kewangan itu telah dilaksanakan oleh BNM sejak 2012 di serata negara termasuk kawasan terpencil menerusi siri penganjurannya. 

Ia antara lain memberikan informasi kepada masyarakat berkenaan pengurusan kewangan  dan berkaitan.

Sementara itu, ketika ditemui Media, Hashim menyambut baik penganjuran program itu yang juga diharapkan akan terus memberi manfaat kepada masyarakat menerusi siri penganjurannya.  





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here