Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Sukan tradisi jadi platform perpaduan masyarakat
Published on: Sunday, October 13, 2019
Text Size:

Sukan tradisi jadi platform perpaduan masyarakat
KUNAK: Selain menjadikan sukan sebagai gaya hidup dan aktiviti riadah untuk kecergasan minda dan fizikal, pengisian acara sukan juga menjadi platform perpaduan, kata Setiausaha Politik Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Abdul Kusen Hussen.

“Sememangnya aktiviti yang dipelbagaikan mampu menyatupadu masyarakat berbilang kaum bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara. 

“Misalnya aktiviti sukan tradisi yang digabungkan juga mengembalikan memori lama dan generasi baharu dapat mengetahui corak atau jenis sukan pada masa dahulu,” katanya kepada Harian Ekspres selepas merasmikan Bulan Sukan Negara yang diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan Kunak 2 , pada Sabtu. 

Katanya, aktiviti sukan rakyat seperti permainan Terompah Gergasi atau kaki lipan, kaki hantu, bowling kelapa, lari dalam guni antara sukan tradisional yang berjaya mengembalikan kenangan masa lalu dikalangan komuniti untuk turut serta dalam aktiviti Bulan Sukan Negara.

“Kanak-kanak sekolah pula menyertai aktiviti senamrobik, dan acara sukan moden yang semua itu dihimpunkan dalam pengisian sempena Bulan Sukan Negara peringkat sekolah SK Kunak 2,” katanya.

Menariknya, program tersebut melibatkan komuniti dari empat kampung berjiran dengan SK Kunak 2, antaranya Kg Kunak Tiga, Kg Kunak Darat, Kg Kabog dan Kg Kabog Baru.

Aktiviti sukan itu yang turut disertai warga sekolah dan masyarakat kampung sekitarnya mengambil peluang mempamerkan kebolehan dan bakat mereka melalui penyertaan bersama dalam aktiviti-aktiviti sepanjang program tersebut.

Abd Kusen menyifatkan bahawa penganjuran Bulan Sukan Negara oleh sekolah tersebut adalah satu pendekatan muhibbah dikalangan warga sekolah dan pihak PIBG.

Sementara itu, Guru Besar SK Kunak 2, Salim Samai dalam ucapannya berkata, penglibatan semua pemimpin peringkat kampung dan komunitinya yang hadir dalam program itu menunjukkan kerjasama padu dalam kalangan masyarakat khususnya ibu bapa antara lain.

Salim juga merakamkan penghargaan kepada Ketua-ketua Kampung dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang banyak mengemukakan idea-idea bernas sehingga program Bulan Sukan Negara peringkat sekolah itu berjaya dilaksana.

“Pada tahun ini pihak sekolah memilih tema kemesraan untuk Bulan Sukan Negara sesuai dengan penglibatan komuniti dan semua peserta yang terlibat,” katanya. – Ibrahim Tabir





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here