Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Pangkalan data pacu usahawan berdaya maju
Published on: Sunday, October 13, 2019
By: Sherell Jeffrey
Text Size:

Pangkalan data pacu usahawan berdaya maju
KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Sabah dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) berharap dapat memacu usahawan yang berdaya maju dengan pangkalan data yang dijadualkan dilancarkan menjelang hujung tahun ini.

Ia merupakan pangkalan data yang interaktif di mana usahawan boleh mengemaskini profil mereka, menurut Menterinya, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Tangau yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata mereka akan terus mengenal pasti usahawan yang dapat dicapai melalui pangkalan data itu, yang seterusnya akan disediakan dengan pelbagai bantuan kerajaan.

Beliau seterusnya menjelaskan bahawa sebaik pangkalan data itu siap, ia bukan sahaja membolehkan Kementerian itu mengetahui usahawan dari semua sektor tetapi usahawan juga boleh berhubung terus dengan ejen-ejen dari negara lain.

Beliau berkata pangkalan data itu juga akan memudahkan Kementerian mengenal pasti usahawan-usahawan mana yang boleh laksana, yang mana masih dalam proses membangun dan yang mana masih memerlukan lebih banyak bantuan.

“Pangkalan data itu ketika ini sedang diwujudkan oleh Upen yang akan menyerahkannya kepada Kementerian saya semasa pelancaran,” katanya.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa Kementeriannya itu berharap dapat melahirkan 100 usahawan yang berjaya setiap tahun, dengan sasaran yang ditetapkan sebanyak 1,000 usahawan berjaya di Sabah menjelang 2030.

Pangkalan data itu dijadualkan akan dilancarkan oleh Ketua Menteri Sabah sempena dengan Minggu Usahawan Sabah pada Disember.

Minggu Usahawan Sabah juga akan menyaksikan usahawan yang layak yang dianugerahkan Tokoh Usahawan.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Hari Pengguna Kebangsaan peringkat negeri dan Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil yang diadakan serentak di Politeknik di sini, Sabtu.

Acara dua hari itu yang menampilkan perusahaan kecil dan sederhana dianjurkan bersama oleh Kementerian Perdagangan dan Perindustrian, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, dan Politeknik Kota Kinabalu.

Tangau juga bercakap mengenai kepentingan kerjasama yang kuat antara agensi Negeri dan Persekutuan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi selaras dengan pelan tindakan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang baru dilancarkan.

Beliau berkata kerajaan mahu meningkatkan jumlah keluaran dalam negara kasar (KDNK) iaitu RM1 trilion ketika ini kepada lebih RM3 trilion menjelang 2030.

Beliau juga menyatakan bahawa walaupun Sabah adalah negeri yang kaya dengan sumber, ia hanya menyumbangkan enam peratus atau RM80 bilion kepada RM1 trilion KDNK seluruh negara.

Beliau berkata walaupun Selangor lebih kecil dari segi saiz tanah berbanding Sabah, namun ia mampu menyumbang 40 peratus atau RM400 bilion kepada KDNK negara.

“Bayangkan betapa jauh Sabah ketinggalan dari segi ekonomi, itulah sebabnya peranan usahawan dalam usaha untuk menjana pendapatan dan ekonomi untuk Negeri sangat kritikal dan penting.

“Oleh itu, kami mahu kerjasama yang kuat dari pelbagai agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri untuk menyelaraskan program-program yang membolehkan kita melihat dan mengenal pasti usahawan yang mampu berjaya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, walaupun mengalu-alukan perbelanjaan pembangunan bernilai RM5.2 bilion yang diumumkan dalam Belanjawan 2020, Tangau berkata Negeri akan terus memperjuangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963.

“Kita mengalu-alukan peruntukan yang lebih tinggi serta rancangan untuk melipatgandakan kadar itu dalam tempoh lima tahun, namun kita masih bimbang dengan MA63 yang masih diharapkan oleh rakyat Sabah memandangkan ia berada dalam perjanjian,” katanya.

Beliau berkata perkara itu akan terus dibincangkan oleh jawatankuasa pemandu MA63 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan mereka di Sabah akan terus berbuat demikian.

Beliau juga membincangkan betapa pentingnya untuk Kementeriannya menyediakan ekosistem perniagaan yang kondusif yang mampu menarik pelabur ke negeri ini.

Memetik perkara yang berkaitan dengan logistik dan kepentingan mempunyai dana untuk menaik taraf Pelabuhan Sepanggar serta Pelabuhan Kluster Industri Minyak Sawit Lahad Datu (POIC) di Lahad Datu.

“Kami berharap bukan sahaja lesen operasi diberikan tetapi juga untuk menjadikan POIC Lahad Datu sebagai hab perkapalan BIMP-EAGA,” katanya.

Turut hadir Pengarah KPDNHEP Sabah, Georgie Abas, dan Pengarah Politeknik Kota Kinabalu, Zainab Othman, antara lain.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here