Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Lelaki asing disyaki rogol tiga beradik di Beluran
Published on: Wednesday, October 16, 2019
By: Winnie Kasmir
Text Size:

Lelaki asing disyaki rogol tiga beradik di Beluran
TELUPID: Seorang lelaki warga Indonesia berusia 24 tahun ditahan pada Khamis minggu lepas kerana dipercayai merogol tiga beradik berusia antara 7 tahun dan 12 tahun sejak hujung tahun lalu.

Suspek ditahan di kawasan ladang di Kampung Berayung di sini selepas seorang remaja perempuan mengadu kepada ibu saudaranya mengenai perbuatan suspek dan membuat laporan polis di Balai Polis Telupid pada Selasa minggu lepas, jam 10.24 malam.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda, berkata siasatan awal mendapati suspek merupakan pekerja kebun keluarga mangsa sejak setahun lalu dan tinggal bersama-sama mangsa dan keluarga mereka.

“Mangsa yang tidak tahan dengan perbuatan suspek mengadukan perkara itu kepada ibu saudaranya yang tinggal bersebelahan dengan rumah mangsa. 

“Ibu saudara mangsa kemudian bertanya kepada dua orang adik perempuan mangsa dan mendapati mereka juga turut menerima gangguan seksual yang sama.

“Laporan polis dibuat mangsa kerana tidak tahan dengan perbuatan suspek,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa. 

Suspek kini ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here