Tue, 23 Apr 2024

HEADLINES :


Jurulatih ‘import’ dijangka ambil alih tugas Jelius
Published on: Friday, October 18, 2019
By: GL Oh
Text Size:

Jurulatih ‘import’ dijangka  ambil alih tugas Jelius
KOTA KINABALU: Seorang jurulatih ‘import’ dijangka akan mengambil alih daripada Jelius Ating selaku ketua jurulatih Tambadau Sabah dalam kempen Liga Super mereka musim depan, menurut Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (Safa), Datuk Peter Anthony pada Rabu.

Selepas beberapa minggu spekulasi, presiden yang baru dipilih itu akhirnya mengesahkan status Jelius, yang berjaya membimbing Sabah merangkul gelaran Liga Premier pada musim lepas dan meraih kenaikan ke Liga Super.

Menurut beliau, bekas kapten yang menjadi jurulatih itu tidak mempunyai diploma lesen pro AFC, yang wajib dimiliki semua ketua jurulatih Liga Super musim depan.

“Saya lebih suka memilih Jelius selaku jurulatih, tetapi dengan peraturan baharu itu, kami tiada pilihan tetapi terpaksa mencari jurulatih baharu kerana Jelius tidak memiliki lesen yang diperlukan oleh FAM untuk membimbing pasukan Liga Super musim depan.

“Kami sudah membuat keputusan untuk membawa masuk seorang jurulatih baharu dan beliau akan datang tidak lama lagi. Beliau dari luar Sabah kerana kita tidak mempunyai sesiapa yang mempunyai lesen berkenaan di sini.”

Beliau berkata mereka sebelum ini cuba membuat rayuan kepada FAM supaya mereka dapat mengekalkan Jelius selaku jurulatih musim depan tetapi tidak berhasil.

“Kami ada membuat rayuan kepada FAM agar Jelius terus menjadi ketua jurulatih kita tetapi tidak berjaya dan kita menerima keputusan itu.

“Jadi buat sementara waktu, Jelius akan memainkan peranan sebagai penolong jurulatih dan belajar daripada jurulatih baharu yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang itu.

“Beliau (Jelius) boleh melengkapkan lesen itu dalam masa setahun atau dua tahun, dan jika berjaya, maka beliau mungkin akan kembali sekali lagi sebagai ketua jurulatih untuk pasukan negeri,” katanya. 

Beliau menambah identiti jurulatih baharu itu yang mempunyai visi sama dengan Safa, hanya akan diumumkan kemudian, sebaik semua kertas kerja siap.

Beliau turut mendedahkan bahawa nama pemain-pemain baharu yang akan bermain untuk pasukan musim depan sudah disenarai pendek.

“Bagaimanapun kami tidak dapat membuat sebarang pengumuman sehingga satu persetujuan dicapai di antara pemain-pemain dan persatuan.

“Akan ada kejutan dan mereka mungkin lebih baik berbanding pemain-pemain JDT,” katanya secara berseloroh.

Beliau berkata senarai pemain semasa yang akan dikekalkan musim depan seperti yang dicadangkan oleh Jelius Ating juga sudah disediakan, tetapi beliau berkata ia lebih baik untuk keputusan muktamad dibuat bersama jurulatih baharu.  





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here