14 peserta bersaing rebut gelaran Raani Tavanus Sino KDM Sabah
Published on: Friday, October 18, 2019
By: Ricardo Unto
KOTA KINABALU: Kira-kira 14 jelitawan Sino-Kadazandusun Murut akan bersaing untuk dinobatkan sebagai Raani Tavanus Sino KDM Sabah dalam pertandingan yang akan diadakan di Putera Theater Ballroom, di sini, pada 1 November.
Pertandingan Raani Tavanus Sabah Sino KDM merupakan acara kemuncak pada sambutan Hari Sino ke-9.
ADVERTISEMENT
Pengerusi penganjur Richard Valintinus Haw berkata sambutan itu akan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Ewon Benedick.
“Selain Raani Tavanus, turut diadakan adalah persembahan tarian tradisional dan nyanyian, serta cabutan tiket bertuah,” katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Sino KDM Sabah Datuk Johnny Goh mengesa semua Sino KDM di negeri ini untuk menyertai persatuan itu.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
“Bersama, kita boleh menjaga keunikan warisan budaya serta hak kita sebagai anak negeri.
ADVERTISEMENT
Untuk maklumat lanjut mengenai persatuan atau makan malam tersebut, hubungi Richard di 010-9498543 atau Lee (016-8399629) atau ibu pejabat Persatuan di 088-385675.