Kolam Dapur tarikan baharu di taman mini
Published on: Friday, October 18, 2019
By: R Gonzales
TUARAN: Jika sebelum ini pemancing tegar hanya mampu melepaskan gian dengan menangkap ikan sebelum melepaskannya kembali, kini sebaliknya apabila Taman Mini Akuakultur Ko-Nelayan, di Kampung Laya-Laya di sini memperkenalkan pakej baharu, Kolam Dapur sempena pelancarannya, pada Khamis.
Pengurus Besar Ko-Nelayan Sabah, Haji Yusof Awang Besar berkata, Kolam Dapur membolehkan individu memancing, menimbang berat dan membeli ikan khususnya spesis Kerapu Hybrid sebelum dimasak dan dimakan di lokasi sama.ADVERTISEMENT
Katanya, ruangan kolam di lokasi itu dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pakej ‘ ‘Catch and Release’ (tangkap dan lepas) serta pakej terbaru, Kolam Dapur.
“Air Kolam Dapur ini dirawat dan kita sediakan untuk pemancing yang mahu merasai masakan ikan Kerapu Hybrid yang segar selepas ditangkap dan dibeli mengikut harga RM38 sekilo manakala caj tambahan RM2 dikenakan bagi pengunjung yang mahu mendapatkan khidmat kakitangan untuk menangkap ikan,” katanya ditemui.
Menurutnya, bagi ruangan tangkap dan lepas pula, pemancing berpeluang menarik ikan kerapu, siakap dan keratang yang beratnya mencecah sehingga 40 kilogram namun perlu dilepaskan kembali disebabkan usianya mencecah 10 tahun.
Difahamkan, pemancing boleh membawa peralatan joran sendiri termasuk umpan atau menyewa di stor yang disediakan.
ADVERTISEMENT
“Masuk adalah percuma dan kita benarkan seisi keluarga membawa bekalan makanan sendiri atau barbeku (BBQ) sebagai aktiviti riadah di sini.
“Selain itu, kita turut menyediakan galeri mengenai aktiviti perikanan Ko-Nelayan, dewan untuk sebarang bengkel atau kursus, rumah penginapan, tarian tradisional, dan aktiviti melukis batik,” katanya.
ADVERTISEMENT
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Taman Mini Akuakultur Ko-Nelayan, Kampung Laya-Laya terletak kira-kira 33 kilometer dari bandaraya Kota Kinabalu dan dibuka setiap hari kepada pengunjung.
Turut hadir, Pengerusi Kolam Ko-Nelayan Sabah, Datuk Awang Ahmad Sah Datuk Awang Hj Sahari dan Ketua Unit Industri Akuakultur Ko-Nelayan Sabah, Burhan Hj Japar.