Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Lapan warden direman
Published on: Friday, October 18, 2019
By: Stefyanie Myla Micheal
Text Size:

Lapan warden direman
KOTA KINABALU: Seorang banduan disahkan meninggal dunia akibat pendarahan dalaman disebabkan kecederaan pada kepalanya dalam satu kes yang menyaksikan tujuh warden dan seorang pegawai penjara ditahan reman kerana disyaki terbabit dalam insiden itu.

Satu laporan polis dibuat oleh pihak hospital, memaklumkan kepada mereka mengenai kematian seorang lelaki tempatan berumur 36 tahun dari Ranau, menurut Ketua Polis Bandaraya, ACP Habibi Majinji (gambar).

Banduan itu yang ditempatkan di Jabatan Penjara di Kepayan dekat sini, ditemui tidak sedarkan diri pada 4 Oktober dan dibawa ke hospital untuk rawatan tetapi disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

“Kes itu pada awalnya disiasat di bawah Laporan Kematian Mengejut (SDR), tetapi bedah siasat dan siasatan awal mencadangkan ia melibatkan perbuatan khianat. Kes itu ketika ini disiasat di bawah Seksyen 302 untuk kesalahan membunuh,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Habibi berkata keputusan bedah siasat menunjukkan berlaku pendarahan dalaman pada kepala dan lebam pada badan banduan berkenaan.

“Susulan keputusan bedah siasat itu, kami telah memanggil tujuh warden dan seorang pegawai penjara untuk membantu siasatan.

“Kesemua lapan orang itu menyerah diri pada pagi Rabu dan telah ditahan reman tujuh hari sehingga 23 Oktober,” katanya, sambil menambah suspek utama kes itu belum dikenal pasti.

Banduan lelaki itu dipenjara dua tahun bagi kesalahan dadah dan mayatnya dikebumikan di daerah kelahirannya selepas bedah siasat selesai.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here