Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


Kerajaan teliti  bangunkan  semula KKIA2 
Published on: Sunday, October 20, 2019
By: Larry Ralon
Text Size:

Kerajaan teliti  bangunkan  semula KKIA2 
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri sedang meneliti kemungkinan untuk membangunkan semula Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (atau KKIA2) yang telah ditutup untuk AirAsia gunakan sebagai terminal tambang murahnya.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes sebenarnya menawarkan untuk membeli kawasan itu semasa pertemuan mereka Jumaat tetapi beliau menawarkan pilihan bahawa “saya akan membangunkannya dan anda (AirAsia) menggunakannya.

“Itu adalah antara cadangan (Fernandes). Saya akan meneliti semua cadangannya dan pilihan yang ada. Kami berbincang tentang banyak perkara, tetapi ia okey kami akan melihat semuanya terlebih dahulu,” katanya kepada wartawan dalam satu sidang media selepas beliau merasmikan Hari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) 2019 yang diadakan di Hotel Hilton di sini, Sabtu.

Beliau diminta mengulas mengenai desakan AirAsia untuk Terminal 2 di mana AirAsia beroperasi sebelum ini, dibuka semula dan beroperasi sebagai terminal tambang murah.

Terdahulu, Fernandes, ketika bercakap kepada wartawan selepas beliau mengadakan kunjungan hormat kepada Mohd Shafie di pejabatnya Jumaat lepas, berkata Sabah mempunyai potensi besar untuk menjadi hab serantau, dan bahkan lebih besar jika Terminal 2 dibuka semula dan beroperasi sebagai terminal tambang murah.

Fernandes berkata mereka masih mempercayainya (Sabah sebagai hab serantau untuk AirAsia) dan yakin mereka boleh mengembangkan kepada 15 juta penumpang daripada lapan juta ketika ini, mewujudkan 33,000 pekerjaan dan membawa masuk RM150 juta ke dalam ekonomi Sabah melalui peningkatan penerbangan.

“Tetapi kita tahu bahawa beliau (Fernandes) akan membawa sejumlah pelancong yang datang dari selatan seperti Australia dan New Zealand ke Sabah tahun depan. Sebagai Kerajaan Negeri, kita perlu membantu dalam hal ini kerana ia adalah untuk kepentingan negara, bukan sahaja Sabah.

“Kita mahu syarikat penerbangan (AirAsia) ini kompetitif dan itulah sebabnya kita harus membantu. AirAsia adalah syarikat penerbangan yang sangat popular di dunia. Memandangkan mereka juga dapat menyediakan lebih banyak pekerjaan kepada rakyat di negeri ini, kita akan melihat bagaimana cara terbaik kita dapat membantu mereka, untuk memudahkan, supaya mereka juga dapat membantu kita di negeri ini,” katanya.

Pada masa yang sama, katanya, Sabah juga perlu melihat untuk mewujudkan lebih banyak produk pelancongan supaya pelancong akan terus datang ke Sabah.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here