Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


APMM rampas 250kg ikan dibom di Karambunai
Published on: Sunday, October 20, 2019
By: Stefyanie Myla Micheal
Text Size:

APMM rampas 250kg ikan dibom di Karambunai
KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merampas 250kg ikan yang disyaki dibom dari sebuah bot pam tidak berdaftar di perairan Timur Laut Karambunai, dekat sini, Jumaat lepas.

Pengarah APMM Sabah, Laksamana Muda Kamaruszaman Abu Hassan berkata satu pasukan peronda maritim yang meronda di kawasan itu menghampiri sebuah bot kayu yang mencurigakan.

“Apabila pasukan menghampiri bot itu, seorang awak-awak dari bot itu dilihat terjun ke dalam laut sebelum berenang ke arah darat yang berdekatan,” katanya.

Pemeriksaan lanjut menemukan tiga botol plastik mengandungi serbuk putih dipercayai digunakan dalam aktiviti mengebom ikan.

“Beberapa peralatan menyelam dan pelbagai ikan dipercayai dibom adalah antara rampasan semasa operasi.

“Bot itu dibawa ke Jeti Sepanggar dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut,” katanya, menambah kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.

Kamaruszaman berkata APMM aktif menjalankan operasi khas selepas pelancaran Operasi Naga Timur pada 1 Ogos.

“APMM akan terus memantau dan membanteras aktiviti mengebom ikan serta menghalang kapal nelayan asing daripada memasuki perairan kita.

“Kami tidak akan bertolak ansur dengan sesiapa yang didapati terbabit dalam pengeboman ikan dan tindakan akan diambil terhadap mana-mana bot nelayan yang melanggar undang-undang,” katanya.

Beliau menggesa komuniti maritim untuk menyalurkan maklumat kepada mereka melalui 088-260175 untuk membantu membanteras aktiviti haram.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here