Inisiatif pulihara terumbu karang melalui Program My Coral
Published on: Saturday, October 26, 2019
By: Ibrahim Tabir
SEKITAR pelancaran Program My Coral di perairan Darvel Lagoon Hampilan itu.
KUNAK: Program My Coral yang diadakan antara Politeknik Tawau Sabah (PTS) dengan kerjasama Syarikat Amazing Kunak Adventures Sdn.Bhd dan Eco Marine Resources Sdn.Bhd yang dianjurkan oleh Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Daerah Kunak baru-baru ini membuka lembaran baharu bagi institusi pendidikan dan pihak berkaitan termasuk NGO dalam usaha memulihara dan menjaga keseimbangan ekosistem.Pengerusi Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Daerah Kunak, Mohd Hata Arabi berkata, program itu antara lain sebagai usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dijalankan oleh syarikat berkenaan ke arah memastikan keindahan semula jadi marin dapat dipelihara dengan sebaiknya.ADVERTISEMENT
“Program ini juga merupakan antara langkah pihak Persatuan memajukan aktiviti pelancongan yang terkawal dan sistematik tanpa memberi kesan kepada alam sekitar.
“Ia juga merupakan kerangka asas penglibatan masyarakat dalam Konsep Pelancongan Berasaskan Komuniti yang ditekankan oleh kerajaan,” katanya kepada Harian Ekspres.
Mohd Hata berkata, beliau menghargai penglibatan rakan strategik dikalangan pensyarah dan pelajar PTS dan Eco Marine Resources dalam menjayakan program tersebut yang dilancarkan di perairan Laut Hampilan di Kunak.
“Program ini juga memberi impak kepada masyarakat melalui aktiviti CSR seperti membersihkan kawasan pantai yang dijalankan oleh kakitangan dan komuniti di Darvel Lagoon Hampilan,” katanya.ADVERTISEMENT
Beliau menjelaskan, pemuliharaan terumbu karang adalah salah satu matlamat yang menjadi fokus persatuan memandangkan kawasan perairan Kunak masih memiliki terumbu yang cantik, menarik yang menjadi tumpuan dikalangan penggemar aktiviti menyelam.
Menurut Hata, kesan pencemaran, pemanasan global, pemangsa semula jadi, selain aktiviti kes-kes mengebom ikan, racun ikan aktiviti laut tanpa kawalan dan eksport coral secara haram telah menjejaskan hidupan marin termasuklah ekosistem terumbu.
ADVERTISEMENT
Katanya, program ini juga amat bermanfaat dalam memberi pendedahan berkaitan dalam pemeliharaan terumbu karang kepada pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan PTS melalui kursus yang dijalankan atas usaha sama pihak industri membiak karang di kawasan terumbu di Underwater GreatWall Teluk Darvel.
“Kawasan Underwater GreatWall ini adalah satu kawasan terbaharu produk pelancongan di perairan Kunak yang menarik kunjungan pelancong tempatan dan luar,” katanya.
Beliau juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program tersebut termasuk Pejabat Daerah, Unit UPPM, syarikat pelancongan dan orang perseorangan yang telah memberi kerjasama sepanjang program berlangsung.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Pelancaran program itu disempurnakan oleh Pegawai Daerah Kunak, Juraimin Jadil yang diwakili oleh Penolong Pegawai Pembangunan Daerah (ADDO) Rajman Arif.
Hadir sama, Ketua Polis Daerah Kunak, Supt Baharin Md Tahir, Timbalan Pengarah Politeknik Tawau Sabah (PTS), Zaulkafli Mohamed, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Bahri Lakile, Pengarah Urusan Amazing Kunak Adventures Alice Lam, Pengarah Urusan Eco Marine Resources Sdn Bhd, Chong Jin Han dan Pengurus Darvel Lagoon Hampilan, Nurmaksud Hamsah.