ADVERTISEMENT


HEADLINES :




Rakyat Hong Kong cari sekolah di Sabah
Published on: Friday, November 08, 2019
By: Saila Saidie

KOTA KINABALU: Rakyat Hong Kong berminat mencari sekolah-sekolah di Sabah disebabkan bantahan berterusan di negara mereka.

Pengarah Pendidikan Negeri, Dr Mistrine Radin, berkata bukan warganegara boleh memohon belajar di sekolah-sekolah awam di sini, tetapi ia bergantung kepada ketersediaan sekolah dengan keutamaan diberikan kepada rakyat tempatan terlebih dahulu.

“Yuran sekolah-sekolah awam adalah lebih murah berbanding sekolah-sekolah persendirian. Yuran sekolah rendah hanyalah RM120 sementara yuran sekolah menengah adalah RM240,” katanya sambil menambah, sesetengah sekolah persendirian mengenakan yuran beberapa ratus sebulan.

Bagaimanapun, wujud perbezaan umur antara Hong Kong dan Malaysia ketika memasuki sekolah menengah. Murid-murid Darjah 6 di Hongkong adalah 11 tahun sementara kanak-kanak di sini memasuki Darjah 6 pada umur 12 tahun. 

“Ini juga adalah satu isu apabila salah sebuah sekolah persendirian di sini tidak dapat menerima permintaan rakyat Hong Kong untuk mendaftarkan anak mereka di sekolah itu,” katanya.

Menurut Mistrine, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak wajib diambil murid-murid asing jika mereka mahu memasuki sekolah-sekolah menengah kerana kemasukan bergantung kepada umur.

“Rakyat Hong Kong tidak terkecuali. Mereka perlu mengikut peraturan jika mereka mahu anak-anak mereka belajar di sini,” katanya, ketika ditemui Harian Ekspres di pejabatnya, baru-baru ini.

Pengetua Sekolah Menengah Tshung Tsin Sabah, Tang Poh Mee, berkata mereka menerima panggilan dari Hong Kong yang ingin menghantar anak mereka untuk belajar di sekolah itu.

“Mereka mahu pindah ke sini kerana rusuhan yang berlaku di sana. Mereka memilih Sabah kerana Sabah adalah negeri yang aman dan bahasa Cina kerap digunakan di papan-papan tanda di sini. 

“Sabah juga menjadi pilihan berbanding Kuala Lumpur kerana kesesakan lalu lintas di sini tidak seteruk di sana,” katanya.

Menurutnya, sekolah itu telah menerima ramai pelajar asing dan warga Korea adalah yang paling ramai.

“Pada masa ini, kami mempunyai 70 pelajar asing di sini dengan 30 daripadanya adalah dari tanah besar China.

Selebihnya adalah dari Taiwan. Tidak lama lagi, akan ada pelajar dari Hong Kong,” katanya.

Beliau berkata kebanyakan mereka menghantar anak-anak ke SM Tsung Tsin Sabah ketika mereka membuat atau memulakan perniagaan di Sabah, sementara ada yang hanya ingin menetap di negeri ini.

“Tahun depan, kami akan ada 52 kelas dengan 120 guru dan ada ruang yang mencukupi untuk semua orang,” katanya.

Kakitangan Sekolah Menengah Kian Kok turut menerima panggilan daripada ejen yang bertanya mengenai kekosongan di sekolah itu.



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular