ADVERTISEMENT


HEADLINES :




APM sedia hadapi kemungkinan bencana banjir di Sabah 
Published on: Friday, November 08, 2019
By: KOTA KINABALU

Seramai 1,000 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah sudah dikerah bersiap sedia menghadapi kemungkinan bencana banjir, berikutan ketibaan Monsun Timur Laut bermula awal bulan ini sehingga Mac tahun depan.

Pengarah APM Sabah, Kolonel Kamal Mokhtar, berkata kesemua anggota berkenaan telah dikerahkan untuk bersiap sedia pada empat jam pertama di kawasan yang telah ditetapkan, dan penugasan pada jam berikutnya adalah mengikut keperluan semasa bencana.

“Kesemua anggota APM yang bertugas adalah mereka yang berkemahiran dan sentiasa siap sedia dari segi  fizikal dan mental. Mereka juga telah menjalani kursus yang mencukupi bagi menghadapi bencana,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.

Kamal berkata selain itu, anggota juga telah dilatih dalam situasi bencana sebenar semasa dalam latihan simulasi dengan beberapa agensi terlibat dalam bencana seperti polis, bomba dan pihak hospital.

Beliau berkata APM selaku seketeriat pengurusan bencana di peringkat negeri dan daerah juga telah memberikan pendedahan kepada penduduk awam agar dapat memberikan kerjasama yang baik semasa berlakunya bencana banjir.

“Antara daerah yang berpotensi dilanda banjir kesan dari Monsun Timur Laut adalah di bahagian pantai barat Sabah iaitu Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, dan Kota Belud. Bagaimana pun sehingga kini belum ada laporan banjir berlaku di kawasan berkenaan,” katanya. – Bernama



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular