UNDP rancang tiga projek di Sabah
Published on: Tuesday, November 12, 2019
KOTA KINABALU: Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) Malaysia merancang melaksanakan tiga projek masa depan di Sabah yang mencakupi alam sekitar dan masyarakat, kata wakil residen Niloy Banerjee.
Beliau berkata perancangan itu membabitkan tiga bidang utama iaitu biodiversiti dan pemuliharaan hidupan liar; kemiskinan dan program pekerjaan serta membangunkan kawasan hijau di bandar.
ADVERTISEMENT
“Kami akan cuba membawa tenaga pakar UNDP melawat beberapa kawasan di Sabah,” katanya kepada pemberita selepas membuat kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri di sini pada Isnin.
Niloy berkata perancangan itu dilaksanakan menerusi dana antara US$15 juta (RM62juta) hingga US$16 juta (RM66juta) bagi empat tahun akan datang termasuk pemuliharaan hidupan liar, melindungi biodiversiti dan program kemasyarakatan.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Mengenai pertemuan itu dengan Mohd Shafie, Nillay berkata UNDP telah menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan kerajaan Sabah dan rakyatnya. – Bernama