Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


100 sukarelawan YSS curah bakti di Sabah
Published on: Wednesday, November 13, 2019
Text Size:

100 sukarelawan YSS curah bakti di Sabah
PUTRAJAYA:  Seramai 100 siswa akan melaksanakan Misi Sukarelawan Siswa Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) ke Sabah 2019 dengan berkampung di enam lokasi di tiga daerah - Pitas, Kudat dan Kota Marudu - mulai Selasa sehingga 29 November.

Pengerusi YSS Tan Sri Lee Lam Thye dalam ucapannya berkata misi YSS kali ini menyasarkan komuniti pedalaman dan berhasrat membantu dari aspek kesedaran kepentingan pendidikan, kesihatan dan juga pembangunan komuniti di sekolah berstatus luar bandar dan pedalaman.

“YSS komited dalam melahirkan ikon sukarelawan di peringkat global dan menjadikan Malaysia sebagai hab sukarelawan siswa,” katanya pada Majlis Flag Off Misi Sukarelawan Siswa YSS ke Sabah 2019 yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir di sini, Selasa.

Lee berkata dalam melahirkan ikon sukarelawan siswa yang berimpak tinggi, para sukarelawan memerlukan latihan berbentuk pembangunan kapasiti, bukan sekadar berbentuk ‘touch and go’.

Bagi tujuan tersebut, beliau berkata YSS menyediakan program yang berteraskan konsep ‘Immersion’ dan memberi perkhidmatan.

“Melalui kaedah ‘Immersion’ berkonsepkan ‘Eat, Live, Breath with Community’, sukarelawan siswa akan makan, menetap bersama dan merasai cara hidup komuniti di lokasi sasaran,” katanya.

Pada masa ini, katanya sukarelawan YSS sedang menjalani sesi ‘Pre-Departure Training’ bagi melengkapkan para mahasiswa dengan asas kesukarelawanan, kesihatan dan hubungan antarabangsa dan akan bertolak ke Sabah pada Khamis ini.

Beliau berkata setelah misi berakhir, sukarelawan terlibat diwajibkan membentang laporan impak dan hasil misi dalam sesi Post-Mission bermula 27 sehingga 29 November. – Bernama





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here