Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


SLDB, kontraktor angkat lafaz ikrar bebas rasuah
Published on: Friday, November 15, 2019
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:

SLDB, kontraktor angkat lafaz ikrar bebas rasuah
KOTA KINABALU: Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB) dipercayai menjadi badan berkanun pertama di negeri ini yang melaksanakan lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) untuk syarikat-syarikat berdaftar di bawah SLDB.

Pengurus Besarnya, Syaheddrul R. Joddari berkata menandatangani dokumen IBR oleh SLDB dan wakil daripada 50 syarikat adalah satu peristiwa bersejarah dan amat penting untuk lembaga itu.

Katanya, menandatangani dokumen IBR oleh kontraktor membuktikan keikhlasan dan komitmen tinggi mereka bahawa mereka ingin bergerak ke depan dan bebas atau bersih daripada perbuatan rasuah.

“Kita perlu faham bahawa jenayah rasuah membabitkan pemberi dan penerima di mana penerima adalah orang dalam seperti kakitangan SLDB manakala penerima adalah orang luar seperti bukan kakitangan SLDB.

“Mungkin kami (SLDB) merupakan yang pertama (menganjurkan IBR bersama kontraktor), jika bukan di Malaysia, mungkin di Sabah. Tetapi sudah tentu, ini adalah julung kali dalam sejarah penubuhan SLDB.

“Selain itu, ikrar Bebas Rasuah antara kontraktor dan pembekal juga salah satu langkah yang diambil oleh SLDB bagi mematuhi inisiatif Kerajaan Negeri untuk membasmi rasuah dan mempromosikan ketelusan,” katanya.

Syaheddrul berkata demikian pada program IBR untuk kontraktor berdaftar SLDB di Hotel Tabung Haji di sini, pada Khamis.

Kira-kira 50 orang yang terdiri daripada syarikat berdaftar dengan SLDB dan kakitangan agensi itu secara sukarela mengangkat lafaz Ikrar Bebas Rasuah untuk memastikan setiap individu dalam syarikat-syarikat terbabit melepaskan tugas dan tanggungjawab serta mengelakkan diri daripada sebarang unsur rasuah dan salah guna kuasa sepanjang berkhidmat dengan SLDB.

Syaheddrul menerima dokumen IBR yang ditangani oleh wakil syarikat-syarikat terlibat Awang Mazlan Tiblani pada acara itu sambi disaksikan oleh Timbalan Pengarah (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, Awang Samsul Baharam Bungso, Pengerusi SLDB Frank Salazar dan pegawai pengurusannya.

Katanya, inisiatif itu juga mempamerkan komitmen SLDB untuk memastikan pentadbirannya agar lebih telus dan bebas rasuah.

“Sepanjang inisiatif ini, SLDB menunjukkan kepimpinan dengan teladan selain daripada menyokong inisiatif yang diambil oleh SPRM sejajar dengan komitmen kerajaan untuk mencapai aspirasi untuk negara kita dalam menuju ke arah sebuah negara integriti dan anti rasuah.

“Melaksanakan IBR akan mencerminkan wajah organisasi yang bersih dan bebas daripada rasuah, dan pada masa sama mewujudkan satu rangkaian kerjasama antara SLDB dan SPRM Sabah dalam satu usaha sama memerangi rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

Syaheddrul berkata SLDB menganjurkan majlis itu sebagai persediaan awal SLDB dan rakan kongsinya ke arah ​​​​​​​pelaksanaan peruntukan baharu yang dipinda dalam Akta SPRM (Pindaan) 2018 yang akan berkuatkuasa Jun tahun depan.

Kesemua 50 wakil syarikat berdaftar dengan SLDB, pasukan pengurusan SLDB dan kakitangan diberi taklimat oleh Awang Samsul mengenai peruntukan baharu terbabit iaitu Seksyen 17A Akta SPRM (Pindaan) 2018 dalam berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi SLDB Frank Salazar memberitahu pemberita bahawa majlis IBR itu dianjurkan sebagai acara susulan apabila Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal melancarkan buku Pelan Antirasuah 2019-2023 Jabatan Ketua Menteri Sabah (JKM) pada November tahun ini bahawa Kerajaan Sabah adalah yang pertama berbuat demikian sejak pelancaran Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 (NACP).

NACP dilancarkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed sebagai salah satu inisiatif kerajaan bagi merealisasikan manifesto kerajaan ke arah sebuah negara dengan integriti dan bebas daripada rasuah. Bertemakan ‘Memecah Rantaian Rasuah’, NACP adalah rancangan yang dibangunkan khusus untuk pelaksanaan dalam tempoh lima tahun.

Salazar turut memberikan peringatan kepada syarikat dan kakitangannya mengenai hukuman berat yang dikenakan di bawah seksyen baharu itu iaitu denda maksimum sebanyak 10 kali nilai, atau RM1 juta, yang mana lebih tinggi, penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Beliau berkata SLDB melengkapi usaha kerajaan negeri untuk memerangi rasuah kerana mencapai sifar rasuah semenangnya sukar tetapi mensasarkan untuk mengurangkannya sebanyak mungkin.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here