PBS tangguh pembabitan dalam GBS
Published on: Saturday, November 16, 2019
By: Ricardo Unto
Sumber Gambar: Bernama
PENAMPANG: Permohonan Gabungan Bersatu Sabah (GBS) untuk didaftarkan belum lagi diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS).Justeru, presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (gambar) berkata parti itu telah memutuskan untuk menangguhkan pembabitannya dalam perikatan yang dicadangkan itu.ADVERTISEMENT
“Kami tangguhkan pembabitan kami dalam Gabungan sehingga ianya didaftarkan secara rasmi,” katanya ketika merasmikan Kongres Tahunan PBS Ke-34, di dewan Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA), di sini, Jumaat.
“Sukar untuk mengatakan bila ia akan didaftarkan tapi kami telah kemukakan permohonan kami.”
Tahun lepas, PBS dan tiga lagi parti politik iaitu Umno Sabah, Parti Solidariti Tanahairku (Star Sabah) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyertai pakatan untuk membentuk GBS.
“Ia bertujuan untuk menggalakkan sikap berdikari, mensasarkan untuk memperjuangkan autonomi penuh Sabah dan melindungi hak-haknya dalam Malaysia sepertimana yang terkandung dalam MA63.ADVERTISEMENT
“Selepas setahun, pendaftaran perikatan ini masih belum diluluskan.
“Justeru, kecuali ianya didaftarkan secara rasmi, ia dianggap sebagai pertubuhan haram. Tambahan lagi, rakan utama kami Umno telah kehilangan hampir semua adun dipilih dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
ADVERTISEMENT
“Tinggal lagi PBS, Star Sabah dan PBRS. PBS juga telah memilik untuk tidak menonjol dalam pembentukan dan program-program GBS dan akan bergerak sendiri untuk memberi tumpuan kepada pilihan raya umum akan datang,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, parti itu terbuka untuk bekerjasama dengan parti politik yang mempunyai pemikiran sama, termasuk rakan-rakan pembangkangnya di Sabah dan Sarawak, yang berkongsi semangat, sentimen dan objektif untuk berjuang demi masa depan lebih baik.
“Ini juga adalah untuk mengelak kekeliruan dalam kalangan ahli apabila rakan kongsi mengguna dan menyalahgunakan nama kami untuk kepentingan politik mereka sendiri,” katanya.
Sementara itu, Maximus mengambil maklum bahawa berada dalam pasukan pembangkang adalah satu “kedudukan yang bagus”.
“Kami pernah berada di sini beberapa dekad lalu, dan kami berjaya mengharunginya dan matang.
“PBS pernah mengharungi pelbagai pengalaman suka dan duka. Perjalanan kami tidak selalunya lancar tapi semua halangan itu menjadikan kami lebih kuat.
“Kami mungkin kehilangan beberapa orang yang semangatnya tidak cukup kuat seperti kami. Kami menerima itu sebagai kekangan dan cabaran jangka pendek. Kami adalah sebuah parti bermaruah.”Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Dalam politik, katanya, prinsip adalah penting, maruah dan rasa hormat terhadap satu sama lain menyatukan kami.
“Perpaduan ini tidak pernah akan ada nokta. Kami akan kekal ‘Bersatu’ bukan sahaja untuk kebaikan PBS dan anggota-anggotanya, tetapi juga mereka di peringkat akar umbi yang percayakan kami, khususnya rakyat Sabah,” katanya.