Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


'Tangguh perjalanan kurang penting ke Hong Kong'
Published on: Saturday, November 16, 2019
By: Bernama
Text Size:

'Tangguh perjalanan kurang penting ke Hong Kong'
Sumber Gambar: scmp.com
Kuala Lumpur: Rakyat Malaysia yang mempunyai urusan kurang penting dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan ke Hong Kong berikutan demonstrasi dan protes yang masih berlaku di beberapa daerah di wilayah itu.

Kementerian Luar dalam notis perjalanan yang dikeluarkan pada Jumaat berkata beberapa kawasan di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong mungkin terjejas akibat demonstrasi dan protes, sementara gangguan terhadap pergerakan dan pengangkutan awam boleh berlaku tanpa notis.

“Pada ketika ini, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan yang tidak penting ke kawasan yang terjejas,” kata kenyataan itu.

Kementerian Luar juga menasihatkan rakyat Malaysia di Hong Kong untuk mengelakkan sebarang kawasan demonstrasi dan mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu untuk memastikan keselamatan diri.

“Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya sentiasa waspada, peka kepada keadaan persekitaran dan terus memantau perkembangan terbaharu melalui siaran berita atau pengumuman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan,” kata kenyataan itu. – Bernama





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here