PBS perlu turunkan lebih ramai calon belia
Published on: Sunday, November 17, 2019
PENAMPANG: Lebih banyak peluang perlu diberikan kepada ahli-ahli pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) untuk diturunkan sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.
Ketua Pemuda PBS Christopher Mandut berkata ahli-ahli belia parti berkenaan merupakan aset penting kerana mereka akan menjadi pembuat keputusan negeri dan negara pada masa depan.
ADVERTISEMENT
“Bagi memastikan ini dapat direalisasikan, kepimpinan parti mesti menimbangkan keperluan untuk ahli-ahli belianya diberikan peranan dalam pilihan raya akan datang,” katanya semasa Kongres Tahunan PBS ke-34, di dewan Persatuan Kebudayaan Hongkod Koisaan Kadazan Dusun (KDCA) di sini, pada Jumaat.
“Ini juga adalah selaras dengan keputusan kerajaan yang membenarkan rakyat berumur 18 tahun mengundi pada pilihan raya umum.
“Sehubungan itu, calon-calon belia akan membuka satu lagi platform untuk membawa generasi muda di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.
“Ia juga akan meningkatkan reputasi parti dan juga menolak tanggapan awam mengenai PBS – parti untuk veteran sahaja.”
ADVERTISEMENT
Christopher juga yakin parti terbabit akan mengembalikan zaman kegemilangannya.
“Marilah kita bersatu dan berjuang bersama untuk memastikan PBS dapat merampas semula pentadbiran negeri.
ADVERTISEMENT
“Saya harap ahli-ahli parti dapat bersabar ketika ini berada dalam blok pembangkang,” katanya.
Sementara itu, pemangku Ketua Wanita PBS Datin Marlianah Ugau mencadangkan Undang-Undang Anti Lompat diwujudkan semula.
“Sayap Wanita berterima kasih kepada kepimpinan parti kerana memperuntukkan kerusi untuk calon wanita dalam pilihan raya umum sebelum ini.
“Bagaimanapun, ia adalah tidak adil untuk wakil rakyat melompat ke dalam parti lain, sekali gus membawa label ‘Yang Berhormat’ yang diperolehi daripada penyokong PBS – mereka tidak menghormati rakyat yang mengundi mereka.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
“Dalam situasi apa sekali pun, kita mesti yakin, setia dan bersatu, tetapi bukan semua dapat menahan godaan.
“Dengan itu, untuk mengelakkan tindakan tidak bermoral ini daripada berulang – kami mencadangkan agar Undang Undang-Undang Anti Lompat diwujudkan semula,” katanya. – RU