Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Murid Tahun 1 kritikal diserang anjing ketika balik sekolah
Published on: Sunday, November 17, 2019
By: Clarence GD
Text Size:

Murid Tahun 1 kritikal diserang  anjing ketika balik sekolah
RANAU: Hari sekolah bertukar tragedi buat murid tahun satu yang kini dalam keadaan kritikal selepas diserang seekor anjing ketika dalam perjalanan balik dari sekolahnya, di SK Lipasu dekat sini, kira-kira pukul 1 petang, Jumaat.

Mangsa, sedang berjalan kaki balik dari sekolah bersama beberapa rakannya apabila mereka diserang oleh anjing itu, tetapi yang lain berjaya lepas dan berlari kembali ke sekolah sejauh 300 meter.

Namun mangsa gagal lari, dan ketika dia diserang anjing berkenaan, rakan-rakannya memaklumkan pengawal keselamatan, yang bergegas menyelamatkan murid terbabit dan membawanya ke sekolah.

Pengarah Pendidikan Negeri, Dr Mistrine Radin yang mengesahkan insiden itu berkata, mangsa berjalan kaki pulang kerana bapanya lewat mengambilnya pada hari kejadian.

“Insiden berlaku di luar perkarangan sekolah. Tetapi, tindakan pantas pengawal keselamatan berjaya menyelamatkan kanak-kanak berkenaan. Tidak lama selepas itu, guru-guru mengejarkan mangsa ke Hospital Ranau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah DSP Mohd Shahrul Abdul Wahab berkata setakat ini, tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak dan mangsa dirawat di Hospital Likas, Kota Kinabalu.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here