Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Wanita digesa pelajari kemahiran baharu
Published on: Sunday, November 17, 2019
By: Winnie Kasmir
Text Size:

Wanita digesa pelajari kemahiran baharu
SANDAKAN:  Adun Elopura, Calvin Chong di sini mengesa wanita untuk mempelajari kemahiran baharu dan mengasa bakat mereka dalam mana-mana bidang.

Katanya wanita terutamanya suri rumah dan ibu tunggal boleh mendaftarkan diri mereka dalam mana-mana kursus seperti masakan, pembuatan kek atau jahitan.

 “Kamhiran ini bukan sahaja mampu menjadikan suri rumah dan ibu tunggal menggunakan masa mereka tetapi juga sebuah platform untuk mereka mencari wang.

“Selepas menguasai kemahiran baharu, mereka kini boleh mula mengambil tempahan untuk menjana pendapatan dan membantu keluarga mereka keluar daripada kemiskinan,” katanya.

Calvin bercakap kepada media selepas menghadiri Kursus Memproses Mi anjuran UPPM Elopura dengan kerjasama Jabatan Pertanian Sandakan. 

Kursus selama tiga hari itu diadakan baru-baru ini di PPR Taman Mesra dan  Kampung Forest dan disertai oleh 45 wanita sekitar kawasan itu.

Semasa kursus, peserta diajar cara memproses mi kuning dan mi bayam.

Calvin berharap lebih ramai wanita terutamanya generasi muda akan mengambil bahagian dalam program sedemikian pada masa akan datang yang akan melengkapkan diri mereka dan memulakan asas perniagaan mengenai kemahiran mereka.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here