Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Lebih 100 jalani ujian iBreast di Kunak
Published on: Sunday, November 17, 2019
By: Ibrahim Tabir
Text Size:

Lebih 100 jalani ujian iBreast di Kunak
KUNAK: Lebih 100 orang wanita hadir menjalani pemeriksaan awal pengesanan kanser payudara menerusi ‘iBreast Exam’ salah satu produk kesihatan digital yang diadakan di Dewan Masyarakat, di sini pada Sabtu.

Program dengan inisiatif Hospital Pakar KPJ Sabah itu adalah yang pertama dan julung kali diadakan di kawasan luar bandar di negeri ini, kata Pembantu Menteri Kesihatan & Kesejahteraan Rakyat, Norazlinah Arif.

“Sudah tentu bukan mudah untuk kita dapat peluang ini, jadi kita sangat berterima kasih kepada Hospital KPJ kerana dapat memberi peluang wanita di Kunak untuk mendapatkan pemeriksaan awal ini secara percuma,” katanya kepada Harian Ekspres semasa ditemui dalam Program Pelancaran iBreast Exam dan Inisiatif Kesihatan Payudara Digital. 

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KPJ Sabah Specialist Hospital, Miranda Harumal @ Nur Syahirah Abdullah, Pengarah Urusan AP Bio Resources Sdn.Bhd. Chu Suken, dan Penolong Pegawai Daerah, Mohamad Abdillah.

Terdahulu merasmikan program itu, Norazlinah yang juga Adun Kunak berkata, program itu juga antara lain bagi meningkatkan kesedaran orang ramai khususnya wanita tentang kanser payudara, keperluan menjalani pemeriksaan awal dan membantu wanita-wanita di luar bandar ke arah pemanduan untuk mengurangkan kes kanser payudara dan kejadian pengesanan lewat di Sabah.

Norazlinah turut merakamkan penghargaan kepada Hospital Pakar KPJ Sabah dalam melaksana inisiatif dan keupayaannya untuk bekerjasama dengan Persatuan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia, Sabah (PITKM), Jabatan Kesihatan Negeri (JKNS) dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kunak atas usaha murni itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KPJ Sabah, Miranda @ Nur Syahirah berkata, setakat Julai hingga kini, seramai lima ratus orang sekitar Kota Kinabalu antaranya Luyang, Tuaran dan Sembulan telah mengikuti ujian penyaringan/pemeriksaan awal menggunakan peranti kesihatan digital yang baharu itu menerusi kaedah ‘iBreast Exam’ yang dikendalikan oleh Hospital KPJ Sabah.

Untuk program di Kunak itu, tiga unit peranti iBreast-Exam digunakan bagi melancarkan perjalanan pemeriksaan saringan kepada mereka yang hadir. 

Menurut Miranda, ujian awal amat penting bagi mengesan sekiranya terdapat ketulan atau sebarang petanda kanser payudara.

Bagaimanapun, ada kes dimana seseorang yang dikesan mempunyai ketulan pada payudara mereka tidak semestinya berkait dengan simptom berkenaan.

“Boleh jadi ketulan itu adalah daging atau ia berkaitan keturunan. Sebab itu pemeriksaan lanjut seperti ujian mamogram perlu dilakukan,” kata Miranda.

 

bm3: Norazlinah (kanan) berinteraksi dengan wanita yang hadir semasa Program iBreast Exam di Kunak, pada Sabtu.jpg





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here