Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


WWF-Malaysia harap skop pengesan seismik diperluas
Published on: Sunday, November 17, 2019
By: Stefyanie Myla Micheal
Text Size:

WWF-Malaysia harap skop  pengesan seismik diperluas
KOTA KINABALU: WWF-Malaysia berharap peluasan skop pengesanan seismik di sekitar Negeri ini untuk mengesan pengeboman ikan dan membantu mengurangkan bilangan kejadian pengeboman ikan di Sabah.

WWF-Malaysia berharap pengesan seismik ini, mereka dapat mengumpul maklumat mengenai kejadian pengeboman ikan di kawasan itu dan mengesan titik panas.

Maklumat yang dipungut akan dikongsikan dengan pihak berkuasa tempatan unutk meningkatkan keberkesanan dalam perondaan.

Istilah ‘pengesan seismik’ digunakan untuk mengelakkan rekod data berganda (disebabkan sifat pengumpulan data dari frekuensi bunyi) dari pengesan hidrofon.

Menurut WWF Malaysia, sebanyak tujuh pengesan seismik yang dipasang sekitar Semporna pada Mei 2019 dan telah merekodkan 1,195 letupan sejak Jun hingga Disember tahun lepas.

WWF-Malaysia juga menjelaskan bahawa ia adalah pengesan seismik, bukan hidrofon, yang merupakan istilah yang digunakan untuk mengesan pengeboman ikan.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here