Final Liga Bola Sepak KDM pada 23 November
Published on: Sunday, November 17, 2019
By: GL Oh
KOTA KINABALU: Stadium Penampang dijangka akan menjadi tuan rumah perlawanan akhir kejohanan Liga Bola Sepak KDM musim ini di antara KDM Sepanggar dan KDM Telupid pada 23 November.
Setiausaha kejohanan, Jellysius Saimpon berkata perlawanan itu akan bermula pada jam 3 petang, didahului oleh perlawanan penentuan tempat ketiga di antara KDM Semporna dan KDM Kudat yang bermula jam 1 petang.
ADVERTISEMENT
Beliau menggesa semua penyokong bola sepak agar datang ke final dan memberikan sokongan kepada kejohanan yang menawarkan hadiah sejumlah RM300,000 itu dan masuk adalah percuma.
Perlawanan itu juga akan memberikan peluang kepada KDM Sepanggar untuk menebus diri susulan kekelahan 4-1 di tangan Semporna di final Piala FA bulan lepas di mana pemenang membawa pulang RM50,000 dan RM10,000 kepada pasukan yang tewas.
Ironinya, Sepanggar menempah tempat di final kejohanan Liga dengan kemenangan 3-2 secara agregat ke atas Semporna di semi final yang diadakan pada bulan sebelum itu.
Dua pasukan itu seri 1-1 pada aksi pertama di Stadium Likas dan Sepanggar muncul pemenang pada aksi timbal balik di Kompleks Sukan Tawau dengan kemenangan 2-1.
ADVERTISEMENT
Telupid, sementara itu, mara ke final dengan kemenangan 2-0 secara agregat ke atas Kudat, menang 1-0 pada aksi pertama.
Kejohanan itu yang berada dalam edisi keduanya dianjurkan oleh Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan, sebelum ini turut mengadakan perlawanan perisai amal sebagai pembuka kejohanan.
ADVERTISEMENT
Ia dimenangi oleh juara edisi pertama Keningau yang menewaskan Papar, pemenang Piala FA edisi pertama pada musim 2014/15, 3-2 untuk membawa pulang RM10,000 sementara Papar menerima RM3,500.
Sementara itu, juara liga musim ini akan menerima RM100,000, tempat kedua akan menerima RM50,000, RM30,000 untuk tempat ketiga dan RM15,000 untuk pasukan tempat keempat, sementara pasukan yang tewas di suku akhir akan menerima RM2,000.
Terdapat juga RM500 hadiah tunai untuk anugerah pemain terbaik, penjaga gol terbaik di final dan penjaring terbanyak kejohanan.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Anugerah Fiarplay dan RM2,000 akan disampaikan kepada salah satu daripada lapan pasukan teratas.
Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony yang juga Presiden KDM Malaysia dan Persatuan Bolasepak Sabah dijangka akan merasmikan acara itu dan menyampaikan hadiah-hadiah.