Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Dua ditahan curi kulit kayu bakau di hutan simpan
Published on: Monday, November 18, 2019
By: Winnie Kasmir
Text Size:

Dua ditahan curi kulit kayu  bakau di hutan simpan
BELURAN: Dua lelaki rakyat Filipina ditahan kerana menceroboh hutan simpan dan mengambil kulit pokok bakau di Pulau Jambongan, di sini, pada petang Sabtu lepas.

Pegawai Memerintah Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 20, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata dua individu itu ditahan semasa Operasi Khazanah yang dijalankan Unit Tiger Platoon PGA Batalion 20 bersama Jabatan Perhutanan Pitas kira-kira jam 5 petang.

Mohd Nasaruddin berkata, rakyat Filipina terbabit tidak mempunyai dokumen pengenalan sah yang berumur 36 dan 37 tahun itu ditangkap ketika mengambil kulit kayu bakau menggunakan kapak.

“Pasukan penguatkuasaan yang diketuai oleh Inspektor Mohd Damsa Dahlan menjalankan operasi itu di Sungai Sugut, Sungai Paitan dekat Pulau Jambongan. Ketika pemeriksaan, mereka menyaksikan dua lelaki terbabit sedang memotong pokok itu,” katanya pada Ahad.

Turut ditemukan, empat longgokan kulit kayu bakau dengan setiap longgokan dianggarkan seberat satu tan yang bernilai dianggarkan bernilai RM52,000 berdasarkan pasaran tempatan.

“Pihak penguatkuasaan turut merampas kapak, tukul dan tiga buah sampan kecil bersama kedua-dua suspek,” katanya.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here