Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


KDN digesa kaji latar belakang penduduk tetap di Sabah
Published on: Monday, November 18, 2019
By: Mail Mathew
Text Size:

KDN digesa kaji latar belakang penduduk tetap di Sabah
KENINGAU:  Badan bukan kerajaan (NGO) Angkatan Perpaduan Sabah (APS) menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar mengkaji latar belakang penduduk tetap (PR) di negeri ini.

Naib Presidennya Paul Kadau (gambar) berkata, pemeriksaan seumpama ini penting, khususnya dengan peningkatan kes jenayah, baru-baru ini, yang melibatkan penduduk tetap.

Memertik laporan berita baru-baru ini mengenai kes ragut yang membabitkan seorang penduduk tempat berbangsa Filipina di sebuah di pusat beli-belah di Kota Kinabalu, Paul berkata APS memandang serius kes seumpama itu.

“Ia membimbangkan lebih-lebih lagi apabila suspek merupakan penduduk tetap yang telah mengisytiharkan dirinya berkelakuan baik dan disahkan oleh kerajaan sebelum pemberian PR diluluskan,” katanya.

“Sudah berapa ramai penduduk tetap adalah dalam kalangan warga Filipina dan adakah kerajaan pasti yang mereka ini akan terus berkelakuan baik? 

“Atau mungkinkah mereka menggunakan status penduduk tetap sebagai cara untuk terus tinggal di negara ini tanpa memberikan apa-apa sumbangan kepada negara?”

Dakwanya, ramai telah menghubungi APS berhubung isu ini.

“Tugas kami adalah untuk menyampaikannya kepada kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri agar mereka bolh menyiasat perkara ini atau memastikan kelulusan untuk mendapatkan status penduduk tetap lebih ketat,” katanya.

Katanya, di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Malaysia, Kerajaan Persekutuan boleh meluluskan seseorang yang berumur di bawah 21 tahun, jika salah seorang daripada ibu bapanya (atau pada masa kematiannya) seorang warganegara didaftarkan sebagai warganegara jika permohonan dibuat kepada Kerajaan Persekutuan oleh ibu bapa atau penjaganya.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here