Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Jawatankuasa bersama bakal diwujud tangani kes hidupan liar
Published on: Monday, November 18, 2019
By: Stefyanie Myla Micheal
Text Size:

Jawatankuasa bersama bakal  diwujud tangani kes hidupan liar
KOTA KINABALU: Polis Sabah berhasrat untuk mewujudkan satu jawatankuasa bersama untuk menangkap individu tidak bertanggungjawab yang mendapat manfaat dengan membunuh dan mengambil hidupan dan tumbuhan liar.

“Kesemua Pegawai Penjaga Polis Daerah (OCPD) diarahkan untuk mewujudkan satu jawatankuasa yang tidak hanya terdiri daripada tiger platoon dan polis tetapi turut membabitkan pemegang kepentingan lain seperti jabatan hidupan liar, jabatan pertanian, jabatan perikanan dan jabatan perhutanan,” kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah.

Bercakap pada majlis penutupan bulan sukan negara Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2019 Kontinjen Polis Sabah, pada Ahad, beliau berkata PDRM akan bekerjasama dengan jabatan-jabatan terbabit bagi mengatasi isu seumpama ini selepas gajah Pigmi keempat ditemui mati pada 16 November lepas.

“Pada 16 November kira-kira pukul 8.30 pagi, bangkai gajah pigmi ditemui oleh seorang pekerja di ladang Kelapa Sawit Melangkin berdekatan.

“Dipercayai gajah pigmi itu sudah mati sejak beberapa hari dan Jabatan Hidupan Liar dan Jabatan Perhutanan dimaklumkan tentang penemuan terbabit.

“Kira-kira jam 2.30 petang pada hari sama, Jabatan Hidupan Liar dayang ke tempat penemuan gajah itu dan melakukan siasatan,” katanya.

Omar berkata mengikut siasatan awal di tempat kejadian, pemeriksaan fizikal ke atas gajah pigmi itu dijalankan dan tidak ada sebarang kecederaan ditemukan.

“Tidak ada kecederaan akibat tembakan atau objek tajam dan sampel organ sudahpun diambil untuk analisis selanjutnya dan dibawa ke Jabatan Kimia untuk siasatan lanjut,” katanya.

Tambahnya, gajah pigmi itu berkemungkinan mati pada 14 November lepas berdasarkan Sistem Kedudukan Global (GPS) yang diletakkan pada gajah.

“Daripada GPS itu, ia menunjukkan dan menjejaki lokasi terakhir gajah pigmi terbabit iaitu pada 14 November di kawasan sama di mana ia ditemui mati.

“Buat masa ini, kami akan menunggu keputusan daripada sampel yang diambil untuk keluar dan PDRM akan membantu dalam siasatan dan mengambil alih siasatan jika ada tanda gajah pigmi itu dibunuh,” katanya.

Omar berkata tiger platoon daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) di Sabah telah ditugaskan untuk membantu pihak berkuasa berkaitan bagi melindungi hidupan liar di negeri ini.

“Ini adalah untuk kedua-dua hidupan liar dan tumbuhan liar, sesiapa yang ditangkap secara haram mengambil hasil hutan atau hidupan liar akan dikenakan tindakan,” katanya.

Sementara itu, Omar menyampaikan hadiah kepada individu dan kumpulan yang memenangi sukan yang mereka sertai pada acara penutupan itu.

“Tahniah kepada mereka yang berjaya dan bagi yang tidak berjaya jangan sedih kerana sekurang-kurangnya anda telah mengambil bahagian dalam sukan-sukan yang dipertandingkan.

“Saya juga dapat melihat bukan sahaja mereka yang terlibat sebagai peserta turun padang tetapi semua pegawai kanan, kakitangan, penjawat awam dan keluarga mereka dan ini menunjukkan aktiviti seperti ini mempunyai peminat yang besar,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Polis Negeri Datuk Zaini Jass dan pengerusi penganjur Zabidi Md Zain, antara lain.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here