Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


RUU pinda Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah lulus
Published on: Friday, November 22, 2019
Text Size:

RUU pinda Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah lulus
RANG Undang-Undang (RUU) Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) mensasarkan untuk mengukuhkan struktur organisasi dan membolehkan pengurusan Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah lebih efisien dan berkesan diluluskan DUN, di sini, pada Khamis.

Timbalan Speaker Datuk Ahmad Abdul Rahman mengumumkan kelulusan RUU itu selepas ia menerima sokongan sebulat suara daripada Ahli-Ahli Dun.

Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri, Datuk Peter Anthony, ketika membentangkan RUU terbabit berkata pindaan itu perlu dibuat untuk mengukuhkan struktur organisasi dan membolehkan pengurusan Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah diuruskan dengan lebih cekap dan berkesan.

Beliau berkata Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah adalah Badan Berkanun Negeri seperti yang disenaraikan di bawah Jadual (Seksyen 2) Enakmen Badan-Badan Berkanun (Peruntukan Tambahan) (No 9 1997).

Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah, katanya, adalah salah sebuah agensi di bawah kementeriannya yang ditubuhkan di bawah Seksyen 4 Enakmen Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah 1967 (dimansuhkan dan digantikan oleh Enakmen Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah 1981). 

“Sejajar dengan penubuhannya, Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah memainkan peranan penting sebagai Pihak Berkuasa Pelabuhan untuk lapan pelabuhan utama di Sabah, sambil mengawalselia pengendali pelabuhan berlesen, Sabah Ports Sdn Bhd mengikut Enakmen Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (Penswastaan) (No 2 1996),” katanya.

Beliau berkata pindaan itu perlu untuk kecekapan dan keberkesanan dalam organisasi berkenaan.

Seksyen-seksyen yang akan dipinda adalah seksyen 5 (1) (c) dan seksyen 5 (1) (c) (i) Enakmen Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah 1981.

Dengan pindaan itu, Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah akan terdiri daripada tujuh ahli, lima daripadanya berpengalaman atau mahir dalam perkapalan dan hal-hal berkaitan.

Katanya, dengan pindaan terbabit, ahli-ahli biasa yang mempunyai pengalaman dalam pelabuhan dan perkapalan dalam Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah akan ditambah.

Katanya, tambahan dua anggota berpengalaman dilihat sebagai satu kelebihan dan akan membantu Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah membangunkan pelabuhan dengan lebih berkesan pada masa akan datang.

“RUU ini membabitkan perbelajaan tambahan yang masih belum ditetapkan pada masa ini,” katanya. – SAJ





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here