Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Pelan tindakan bagi pelihara budaya, warisan Sabah bakal diwujud
Published on: Friday, November 22, 2019
Text Size:

Pelan tindakan bagi pelihara budaya,  warisan Sabah bakal diwujud
KEMENTERIAN Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar sedang dalam perancangan untuk tampil dengan Pelan Tindakan Pembangunan Kebudayaan Sabah bagi memastikan kebudayaan dan warisan unik negeri dipulihara dan dipelihara.

Menterinya merangkap Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew (gambar), berkata Kementeriannya telah dan akan menambahbaik pelaksanaan beberapa program untuk memberikan pendedahan dan kesedaran mengenai kepentingan warisan dipelihara.

Dalam ucapan penggulungannya mengenai pembentangan belanjawan negeri, katanya, mereka akan menampilkan Pelan Tindakan bagi memastikan sektor kebudayaan kekal relevan dengan kepeluan pemegang kepentingan.

Beliau berkata, Pelan Tindakan terbabit akan berfungsi sebagai garis panduan kepada kerajaan dalam membangunkan warisan kebudayaan Sabah secara holistik.

Mengenai cadangan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Batu Datuk Hamisa Samat agar sebuah muzium dibina di Kalabakan dan keperluan menaiktaraf Tugu Peringatan Peristiwa Kalabakan 1963, Liew berkata kerajaan ketika ini tidak ada cadangan bagi membina sebuah muzium memandangkan kewujudan sebuah tugu peringatan in situ di atas tapak seluas satu ekar di sana.

Mengenai menaiktaraf tugu peringatan itu, Liew mengiktiraf bahawa ia dibina bagi memperingati sejarah konfrontasi bersejarah daripada Batalion ke-3 Rejimen Askar Melayu Diraja dalam mempertahankan kedaulatan negara.

“Kementerian akan menimbangkan untuk menaiktaraf tugu peringatan itu jika wujud sebarang keperluan untuk melakukannya,” kata beliau.

Mengenai cadangan oleh Adun Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan bagi mewujudkan sebuah Pusat Kebudayaan Tawau di Bandar Tawau, katanya, kementeriannya tidak ada rancangan untuk melaksanakannya ketika ini.

Beliau, bagaimanapun, memberi jaminan Kementeriannya sedia untuk menimbangkan cadangan oleh mana-mana pihak bagi tujuan pusat kebudayaan jika mempunyai sebarang keperluan. – SAJ





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here