Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Tiada niat tubuh parti politik baharu: Peter
Published on: Monday, December 02, 2019
By: Yayasan Dalimpos
Text Size:

Tiada niat tubuh parti politik baharu: Peter
Gambar fail dari Bernama.
Tenom: Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony (gambar), menafikan dakwaan kononnya beliau berhasrat untuk menubuhkan sebuah parti KDM baharu.

Katanya, setiap program yang dianjurkan melalui pertubuhan yang diterajuinya, KDM Malaysia, adalah lebih kepada memperjuangkan nasib rakyat di bawah jagaannya dan tidak mempunyai agenda lain.

“Untuk apa saya mahu tubuh parti baharu? Saya sayang Warisan. Saya adalah naib presiden Warisan dan percaya kerajaan parti Warisan akan terus mendapat sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra PDM Melalap Bersama YB Datuk Peter Anthony di Dewan Datuk Sanggau Jalang, Melalap di sini, Sabtu lepas.

Peter menambah, tujuan program-program diadakan adalah bagi memperjuangkan nasib rakyat terutamanya dalam kalangan KDM sesuai dengan peranan beliau sebagai presiden KDM Malaysia.

“Ia adalah untuk memperjuangkan nasib KDM agar mampu bersaing dengan kaum lain yang jauh lebih maju selain melahirkan bangsa berintegriti, berdaya saing, maju dalam sektor pendidikan dan ekonomi. Ia tidak lebih dari itu,” katanya.

“Program yang dianjurkan juga bertujuan untuk mengetahui keadaan rakyat, menyelesaikan  permasalahan kampung-kampung seperti keperluan paip graviti, jalan raya, jambatan dan sebagainya kerana kerajaan di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam parti Warisan amat menitikberatkan pembangunan rakyat.

“Kita akan pastikan rakyat menikmati pembangunan yang dirancang walaupun mungkin kita menghadapi kekangan kewangan akibat perbuatan kerajaan lama namun pelbagai cara Ketua Menteri untuk memastikan pembangunan rakyat menjadi keutamaan,” katanya.

Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melalap berkata pembinaan tapak tamu Pekan Melalap yang kini sedang dalam proses menimbus tanah.

“Selain itu, pembinaan masjid di Lagud Sebrang dan tokong berhampiran Pekan Tenom telahpun siap dibina, malah beberapa infrastruktur air, jalan raya dan jambatan turut dibina sementara beberapa projek lain sedang dalam pelaksanaannya.

“Kita juga akan pastikan bangunan Dewan Datuk Sanggau Jalang di Melalap yang sedang dinaik taraf  akan dapat dapat disiapkan tahun depan,” katanya.

Majlis itu turut dihadiri bekas Wakil Rakyat Melalap, Datuk Kadoh Agundong, Pegawai Daerah Sungkim Rumangun, Setiausaha Politik Kepada Menteri Pembangunan Infrastruktur, Jack Jatil, Pengerusi Penganjur Fredoline Ongkomor,  Pengerusi Lembaga Pengurusan Hutan (Safoda), Datuk Dr.Lucas Umbol dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat Melalap, Nossil Basayuh, antara lain.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here