ADVERTISEMENT


HEADLINES :




Pelaburan RM300j dari Jepun
Published on: Monday, December 02, 2019

KOBE: Misi perdagangan Sabah ke Jepun yang diketuai oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, membuahkan hasil dengan dua firma tenaga menyatakan minat terhadap sektor tenaga boleh diperbaharui, khususnya biomas.

Kedua-dua syarikat itu dijangka melabur hampir RM300 juta dalam industri Berkelompok Kelapa Sawit (POIC) di Lahad Datu untuk jangka panjang.

Perjanjian Sewa Tanah dengan salah satu syarikat terbabit akan ditandatangani di Tokyo hari ini (3 Disember) manakala satu lagi dengan F Bit Communications Corporation di Kota Kinabalu pada pertengahan bulan ini.

F Bit Communications Corporation mengendalikan tiga loji biomas 10 megawatt dan merupakan salah satu daripada 140 syarikat Jepun yang menghadiri seminar perniagaan Jumaat lepas yang diadakan untuk menarik pelabur Jepun ke Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif POIC Lahad Datu, Datuk Dr Pang Teck Wai berkata ia adalah satu keputusan yang pantas selepas hanya bertemu dengan syarikat itu beberapa bulan lalu.

“Mereka telah menunjukkan minat yang mendalam dan saya percaya kami akan dapat menandatangani perjanjian untuk mereka beroperasi di POIC.

“Sabah mampu menghasilkan tiga juta tan buah tandan kosong (EPF) dan kulit kelapa sawit (PKS) setiap tahun – satu faktor yang menarik kedua-dua firma tenaga serta lokasi strategik Pelabuhan POIC.

“Kehadiran syarikat-syarikat Jepun akan membolehkan Sabah menjadi pengeluar dan pengeksport utama tenaga biomas di rantau ini,” katanya di sini dalam satu kenyataan pada Ahad.

Dr Pang berkata ini akan membantu mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah dan juga pengeluaran produk bernilai tinggi seperti karbon.

Pelaburan awal ini, katanya, dijangka menarik lebih banyak pelaburan dari Jepun memandangkan Pelabuhan POIC Lahad Datu akan memudahkan dalam mengeksport produk terus ke Jepun, melangkaui Singapura, Pelabuhan Klang dan Bintulu, dan dengan itu kosnya lebih berkesan.

Sementara itu, kelebihan Sabah sebagai pengeluar gas asli dan minyak mentah dijangka memberi Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC) milik Sabah dalam memikat pelabur Jepun.

SEC telah mengadakan perbincangan dengan tiga syarikat setakat ini, di sini, untuk bekerjasama dalam bidang gas dan tenaga dengan potensi pelaburan berjumlah jutaan Ringgit.

Ketua Pegawai Eksekutif SEC, Datuk Harun Ismail, berkata perbadanan itu akan mencari lebih banyak peluang pelaburan di Nagoya dan Tokyo untuk membawa syarikat Jepun melabur dalam gas asli dan tenaga di Sabah.

“Mereka boleh membuka kilang di Sabah yang akan menawarkan banyak pekerjaan kepada rakyat di negeri ini,” katanya ketika ditemui sebagai sebahagian daripada misi perdagangan Sabah ke Jepun di sini, Ahad.

Harun berkata beliau positif bahawa dasar itu akan memberikan akses lebih mudah kepada pelabur untuk melebarkan sayap pelaburan mereka di Sabah seperti yang diumumkan oleh Mohd Shafie sebagai platform terbaik untuk pembangunan industri gas asli dan tenaga di negeri ini.

“Sabah mempunyai tarikan yang hebat untuk pemain-pemain industri gas asli dan tenaga kerana ia merupakan pengeluar gas kedua terbesar di Malaysia,” katanya.

Menurut Harun, terdapat beberapa tempat yang sesuai untuk sektor pengeluaran tenaga seperti Kota Kinabalu, Sipitang dan Lahad Datu manakala Tawau dan Semporna sesuai untuk tenaga boleh diperbaharui.



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular