Scoot mula penerbangan langsung Singapura – Kota Kinabalu
Published on: Wednesday, December 04, 2019
By:
Larry Ralon, Edwin Liew
KETIBAAN penerbangan sulung pesawat Scoot disambut dengan tembakan hormat meriam air di KKIA.
Kota Kinabalu: Scoot, anak syarikat tambang murah Kumpulan Singapore Airlines, memulakan perkhidmatan penerbangan langsungnya antara Singapura dan Kota Kinabalu dengan bilangan penumpang 176 orang dan dua bayi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini, awal Selasa.Ia memberikan satu lagi alternatif untuk penduduk di Sabah mengembara di dalam negara dan juga ke lebih 60 destinasi antarabangsa dalam rangkaian Singapore Airlines.ADVERTISEMENT
Penerbangan sulung itu, TR490 dari Singapura ke Kota Kinabalu, disambut dengan upacara tembakan hormat meriam air khas, sementara pesawat Airbus 320 tersebut mendarat di KKIA (BKI) pada kira-kira pukul 11.40 pagi. Penerbangan sulung dari Kota Kinabalu ke Singapura, TR491, berlepas pada pukul 12.20 tengah hari, dengan ketibaan di Singapura pada pukul 2.30 petang (waktu tempatan Singapura).
Kota Kinabalu adalah destinasi kelapan Scoot di Malaysia selepas Ipoh, Kota Bharu, Kuala Lumpur, Kuantan, Kuching, Langkawi dan Pulau Pinang.
Scoot kini merupakan syarikat penerbangan tambang murah asing terbesar dalam pasaran Malaysia, dari segi bilangan destinasi. Malaysia merupakan salah satu pasaran utama Scoot, dan Kota Kinabalu adalah destinasi kedua Scoot lancarkan tahun ini, empat bulan selepas laluan Kota Bharu-Singapura dilancarkan pada Julai.
Pelancaran perkhidmatan harian antara Kota Kinabalu dan Singapura menekankan lagi komitmen Scoot untuk mengembangkan pengaruhnya di Malaysia.ADVERTISEMENT
Ketua Pegawai Komersial (CCO) Scoot, Calvin Chan berkata mereka berbesar hati untuk menambah perkhidmatan harian Kota Kinabalu kepada rangkaian mereka yang semakin bertumbuh di Malaysia, menghubungkan pengembara dari Sabah ke Singapura dan selanjutnya ke lebih 60 destinasi di seluruh dunia, termasuk Athens dan Berlin di Eropah.
“Pelanggan dapat menjangkakan tambang nilai tinggi, dan pengalaman transit cukup baik di Lapangan Terbang Changi serta Jewel. Pada masa yang sama, kami berharap laluan ini juga akan meningkatkan pelancongan tempatan kerana Sabah mempunyai banyak produk yang boleh ditawarkan, daripada pulau-pulau indah hingga Gunung Kinabalu,” katanya.
ADVERTISEMENT
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports, Raja Azmi Raja Nazuddin berkata, mereka senang hati mengalu-alukan Scoot dari Singapura ke Kota Kinabalu.
“Ini adalah destinasi kelapan syarikat penerbangan ini di Malaysia. BKI mencatatkan peningkatan 23 peratus dalam pergerakan penumpang untuk sektor BKI-SIN dari Januari hingga Oktober 2019 berbanding tempoh sama tahun lepas.
“Kami menjangkakan peningkatan lanjut dalam pergerakan penumpang melalui perkhidmatan baharu Scoot ke ibu negeri Sabah. Sabah mempunyai banyak tarikan dan perkhidmatan penerbangan baharu Scoot ini akan melengkapi usaha kami dalam menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2020,” katanya.
“Kami tidak sabar mengalu-alukan penumpang Scoot. Walaupun ketibaan warga Singapura membentuk 10 teratas untuk Sabah, laluan ini mempunyai potensi untuk mencapai pasaran penting lain seperti Australia, Jepun, India dan China yang kita mungkin mempunyai akses yang terhad atau tiada langsung. Selain itu, ketibaan ke Kota Kinabalu melalui Singapura semakin meningkat sejak beberapa tahun lalu,” kata Noredah Othman, Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah (STB) ketika mengalu-alukan Scoot.
Dalam meraikan pelancaran itu, Scoot menawarkan tambang promosi penerbangan sehala termasuk cukai yang menarik dari Kota Kinabalu ke Singapura serendah RM115 untuk Economy FLY (tidak termasuk bagasi dan hidangan dalam penerbangan), untuk jualan antara 3 dan 5 Disember 2019.
Sejak 23 September tahun ini, Scoot turut menghapuskan bayaran yuran pemprosesan di seluruh dunia untuk semua tempahan yang dibuat terus pada salurannya, menawarkan pelanggan nilai lebih besar. Tambang promosi tertakluk kepada ketersediaan dan semua maklumat boleh didapati di www.FlyScoot.com atau aplikasi mudah alih Scoot.
Scoot melakukan penerbangan Kota Kinabalu – Singapura pada tengah hari setiap Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu dan pada waktu malam pada Rabu, Jumaat dan Ahad. Sementara penerbangan Singapura – Kota Kinabalu pada waktu pagi pada Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu dan tengah hari pada Rabu, Jumaat dan Ahad.
Scoot memulakan penerbangan pada Jun 2012 dan bergabung dengan Tigerair Singapura pada Julai 2017, mengekalkan jenama Scoot dan meletakkannya di kedudukan yang baik untuk babak baharu pertumbuhan.
Scoot telah membawa 65 juta tetamu dan buat masa ini memiliki 20 jenis kapal terbang, antaranya Boeing 787 Dreamliners dan 28 buah pesawat moden dan baharu dalam keluarga Airbus A320, dengan dua lagi Boeing 787 Dreamliners, 31 Airbus A320neo dan 16 A321neo telah ditempah.
Rangkaian Scoot ketika ini merangkumi 68 destinasi di 15 buah negara, dengan enam lagi destinasi dari Indonesia akan menyertai rangkaian itu menjelang penggal kedua 2020.
Scoot menyediakan, selain daripada tambang penerbangan dengan nilai hebat – pengalaman penerbangan selamat, boleh percaya dan kontemporari dengan perkhidmatan unik – Scootitude.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Scoot diundi sebagai Penerbangan Kos Rendah Terbaik (Asia/Pacific) 2015, 2016, 2017 dan 2018 oleh AirlineRatings.com dan berada dalam Top 10 Penerbangan Kos Rendah Terbaik Dunia pada 2015 dan 2018 oleh Skytrax.
Pada 2019, Scoot memenangi anugerah “Penerbangan Kos Rendah Terbaik” pada TTG Asia Awards dan Anugerah Pilihan Pembaca Travel Weekly Asia 2019.