Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


Kiawayan Dance Club juara di Istanbul
Published on: Wednesday, December 04, 2019
By: Yayasan Dalimpos
Text Size:

Kiawayan Dance Club juara di Istanbul
PENARI Kiawayan Dance Club bersama sebahagian peserta pertandingan itu.
TAMBUNAN: Kumpulan tari Kiawayan Dance Club dari SK Kiawayan di sini, mengharumkan nama Malaysia selepas merangkul gelaran juara keseluruhan pertandingan Istanbul Eurasia Culture Folk Dance – Folk Music – Chorus Competition dan Istanbul Harmanfolk Culture Competition 2019.Selain itu, kelab penari ini juga memenangi kategori Children Folk Dance.

Guru besar sekolah, Geoffery Joseph @ Chong Lip Kok menyifatkan kejayaan itu adalah hasil usaha gigih dan dedikasi semua yang terbabit di sekolah tersebut, termasuk jurulatih.

Pertandingan Istanbul Eurasia Culture Folk Dance – Folk Music – Chorus Competition itu disertai 14 kumpulan tari dari lapan negara, termasuk Kiawayan Dance Club yang mewakili Malaysia. Terdapat empat kategori iaitu Children Modern Dance, Children Folk Dance, Adult Folk Dance dan Adult Chorus Group.

Ia merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Harmanfolk Festival Organizasyen sepanjang tahun ini, yang disertai oleh 40 negara.

Kiawayan Dance Club sebelum ini pernah memenangi Perak pada International Folklore Dance pada Julai tahun ini, menewaskan Thailand, India, Indonesia dan Sek2 dari Perak.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here