Thu, 18 Apr 2024

HEADLINES :


16 pelajar seni muzik UMS pamer bakat
Published on: Friday, December 06, 2019
By: Stella Dumin
Text Size:

16 pelajar seni muzik UMS pamer bakat
PELAJAR-pelajar yang bakal menjayakan persembahan itu nanti.
SERAMAI 16 pelajar Seni Muzik, Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan (FKSW), Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan mempersembahkan karya ciptaan mereka yang dikumpulkan dalam album berjudul Lumiere pada 18 Disember ini bertempat di La Obe, UMS pada 2 petang.

Menurut Timbalan Pengarah Program itu Cleteo Monjohi, persembahan itu diadakan untuk memenuhi tugasan akhir pelajar Tahun Dua Program Seni Muzik.

“Bersesuaian dengan hala tuju UMS yang menyokong penuh dalam melahirkan pelajar-pelajar berpotensi dalam industri muzik tanah air, pelajar ditugaskan untuk mencipta lagu untuk dinyanyikan semasa persembahan itu nanti.

“Antara karya-karya yang akan dipersembahkan nanti ialah lagu berjudul Setia nyanyian Noor Amila Izzyati Yamin dan Davianna Altan Anak Standey, Brandon Oxlee Nasir Nesesius dan Intan Nur Amiera Sanip (Hatiku), Willdzone Dulamid dan Jofradon J.Dunsir (Tak Mungkin), Shameen Memalina Menson dan Sherly Patreace Nila Anak Stephen  (Rumit), Jeredean Remang dan Cleteo Monjohi (Anugerah Teragung), Rosalin Wenny Maracus dan Deidre Ann Geoffrey (Kelip-Kelip), Fred Nick Hermenegildus dan Risha Sri Sufi (Waves) dan Vie Everrollah Daupin dan Xc Yonna (Menuju Kejayaan).

“Kesemua lagu itu merupakan ciptaan dan gubahan sendiri oleh 16 orang pelajar dan akan dipersembahkan secara langsung. “Lagu-lagu tersebut juga akan menampilkan genre seperti Pop, Pop Rock, Jazz, Rnb dan Reggae yang pastinya akan memberi kepuasan kepada khalayak,” katanya sambil menambah ia turut mendapat sentuhan daripada pensyarah mereka Roslee Wahid.

Menurutnya lagi, turut diadakan ialah penampilan khas pensyarah program itu yang akan mempersembahkan lagu baharu ciptaannya.

“Lebih menarik lagi, program ini bukan saja dihadiri oleh pensyarah dan pelajar UMS sendiri akan tetapi turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa  daripada pensyarah kami.

“Selain itu, turut ditampilkan ialah persembahan dairpada pelajar tahun satu yang akan menggamatkan lagi persembahan pada petang tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Cleteo berharap program tersebut berjaya dan melahirkan individu yang berdaya saing serta menjadi platform untuk menampilkan bakat mereka.

Orang ramai dan seluruh warga UMS dijemput hadir bagi memeriahkan persembahan tersebut. Masuk adalah percuma.

Stella Dumin

[email protected]





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here