Pelajar KK pemain badminton Sabah pertama masuk akademi Malaysia
Published on: Saturday, December 07, 2019
By: GL Oh
HANZ (kiri) bersama bapanya, Azahawari.
Kota Kinabalu: Masa depan cerah bakal menanti pemain badminton negeri Hanz Haiqal Azahawari yang mengikuti langkah bapanya apabila dia diterima masuk ke Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara.Pelajar SM All Saints berumur 15 tahun itu menjadi satu-satunya pemain dari Sabah dan yang pertama berjaya memasuki akademi dengan kemudahan latihan terkini itu yang secara rasmi dibuka pada 2017.ADVERTISEMENT
Hanya enam hingga lapan pemain untuk setiap kelas dipilih dalam percubaan di akademi itu yang dijalankan oleh bekas pemain antarabangsa Hafiz Hashim, Kwon Yoke Meng dan jurulatih-jurulatih yang diadakan pada hujung Oktober lepas.
Bapa Hanz dan bekas juara beberapa kali badminton negeri, Azahawari Osman yang mewakili negara dalam pelbagai kejohanan remaja antarabangsa suatu ketika dulu pernah menjadi pelajar dari 1993-1997 di Akademi Badminton, yang sudah ditutup, juga ditubuhkan oleh BAM di Taman Maluri, Cheras.
Katanya, pencapaian anaknya itu tahun ini termasuk memenangi gelaran perseorangan dan beregu dalam kejohanan negeri bawah-16 dan MSSS bawah-15, serta berjaya melangkah ke suku akhir dalam kedua-dua acara perseorangan dan beregu di MSSM.
“Saya sangat gembira kerana dia diplih oleh panel jurulatih yang diketuai bekas-bekas juara. Penerimaannya amat mengejutkan kami kerana slot kosong yang terhad dalam setiap kelas.ADVERTISEMENT
“Selain itu, percubaan juga agak susah dan ramai pemain terbaik daripada negeri-negeri lain juga ada, jadi amat gembira atas pengiktirafan ini,” katanya pada Khamis.
“Sudah tentu kami, berharap dia akan bermain untuk negara khususnya untuk Sabah di peringkat antarabangsa seperti Sukan SEA atau Olimpik.
ADVERTISEMENT
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
“Bagaimanapun, buat masa sekarag, dia perlu menyesuaikan dirinya dengan latihan di akademi itu dan mesti mencuba yang terbaik di peringkat remaja.”
Hanz berlepas ke Kuala Lumpur pada petang Jumaat bersama bapanya, dan beliau dijangka hadir semasa taklimat untuk semua pelajar baharu, pukul 10 pagi ini (Sabtu).