Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Pastikan bilangan sebenar layak diberi PSS, kata persatuan
Published on: Saturday, December 07, 2019
By: Mail Mathew
Text Size:

Pastikan bilangan sebenar layak diberi PSS, kata persatuan
KENINGAU: NGO Angkatan Perpaduan Sabah (APS) mahu kerajaan memastikan bilangan sebenar rakyat asing yang betul-betul layak diberi Pas Sementara Sabah (PSS) dan nama-nama mereka dipamerkan kepada umum dan diteliti sebuah jawatankuasa khas.

Naib Presidennya, Paul Kadau, pada Jumaat, turut menggesa pemegang IMM13, Kad Burung-Burung dan Kad Banci, yang  mana PSS akan dikeluarkan kepada mereka, melalui satu proses pendaftaran terlebih dahulu untuk pengesahan dan menentukan bilangan sebenar mereka sebelum mereka layak untuk PSS.

Beliau berkata APS bersama rakyat Sabah yang tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri mengenai jumlah orang asing yang akan diberikan PSS pada Jun tahun depan, yang dinyatakan berjumlah 600,000 orang manakala mengikut rekod, hanya 136,055 pemegang ketiga-tiga jenis dokumen itu.

Katanya, rekod Imigresen menunjukkan terdapat hanya 51,645 pemegang kad pelarian IMM13, 36,812 orang yang memegang Kad Burung-Burung dan 47,518 memegang Kad Banci, yang akan diberi PSS.

“Jadi, bermakna jika 600,000 PSS dikeluarkan, terdapat baki kira-kira 464,945 orang. Penduduk tempatan di Sabah mempersoalkan siapa yang akan menerima PSS sebanyak 464,945 ini,” katanya menjawab soalan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman terhadap soalan daripada Ahli Parlimen Beluran Datuk Ronald Kiandee di Parlimen, baru-baru ini.

Kadau berkata tidak ada negara membangun di dunia seperti Malaysia yang sewenang-wenangnya menawarkan kewarganegaraan kepada orang asing semata-mata untuk kepentingan politik kecuali mereka yang ditawarkan itu mempunyai kepakaran dalam bidang pembangunan, ekonomi, perubatan atau bidang sains yang penting untuk kemajuan pembangunan negara berkenaan.

PSS, yang dirancang dikeluarkan mulai Jun tahun depan, menjadi subjek protes penduduk tempatan di Sabah serta organisasi bukan kerajaan dan parti politik, sehingga ke tahap merancang mengadakan protes aman di bandaraya sebagai membantah pelaksanaannya. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here