K’jaan komited beri khidmat kesihatan terbaik
Published on: Sunday, December 08, 2019
By: Mardinah Jikur
SANDAKAN: Kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, kata Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Poon Ming Fung.
Katanya, ini termasuk memastikan rawatan HIV ada di semua fasiliti kerajaan dan kemudahan saringan HIV diadakan di klinik kesihatan dan juga klinik komuniti.
ADVERTISEMENT
Kerajaan juga mengeluarkan perbelanjaan besar untuk menyokong program-program pencegahan HIV.
“Bagaimanapun, segala kemudahan yang disediakan ini tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya sekiranya rakyat kurang kesedaran mengenai betapa pentingnya pengesanan awal penyakit ini kerana rawatan dapat menyelamatkan nyawa.
“Tiga perkara penting yang harus diketahui iaitu saringan awal, ketahui status dan ambil rawatan dan ia dapat menyelamatkan nyawa,” katanya.
Penyakit HIV juga adalah seperti penyakit kronik yang lain seperti diabetes dan hipertensi di mana pesakit berpeluang untuk sembuh sekiranya mematuhi nasihat daripada doktor.
ADVERTISEMENT
Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Papat berkata demikian ketika merasmikan Majlis Sambutan Hari AIDS Sedunia 2019 Anjuran Sabah AIDS Awareness Group Association (Saga) bertemakan Komuniti Membawa Perubahan di Sejati Walk, di sini, Sabtu.
Hadir sama, presiden SAGA yang juga pengerusi penganjur, Dr Zaiton Yahaya, Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong, Anggota Dewan Undangan Negeri Elopura, Calvin Chong, Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Christina Rundi, Pengarah Urusan Wah Mei Group, Datuk Quek Siew Hau dan wakil dari Hospital Duchess of Kent Sandakan dan Yayasan Aids Malaysia antara lain.
ADVERTISEMENT
Dalam pada itu, Frankie memuji penganjuran acara itu dan menyifatkan mereka sebagai wira-wira komuniti yang membawa perubahan kepada masyarakat khasnya menyampaikan mesej berkenaan HIV dan AIDS.
Frankie turut mengucapkan tahniah kepada Saga yang diterajui oleh Dr Zaiton di atas kejayaan beliau menganjurkan majlis makan malam amal di Kota Kinabalu pada September yang lalu untuk manfaat program Shape.
“Saya bangga dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Saga dan untuk membantu kerajaan untuk merapatkan jurang yang menghalang akses kepada rawatan ini melalui insiatif Saga Health Access Programme (Shape) mereka,” katanya.
Program ini telah dilancarkan sejak setahun yang lalu dan membawa manfaat kepada pesakit-pesakit HIV di kawasan pedalaman.
Dalam pada itu, Frankie berkata beliau juga memahami kekangan sosio-ekonomi yang telah menghalang pesakit HIV dari kawasan luar bandar dan mereka yang datang dari latar belakang miskin tegar untuk mendapat akses kepada rawatan HIV.
“Saya akan sentiasa komited dan berusaha untuk membantu masyarakat menambahkan kesedaran, memastikan rawatan sampai kepada rakyat dan a kawasan pendalaman,” katanya.
Berdasarkan statistik, 90 peratus daripada jangkitan adalah melalui gejala seks di Sabah dan 60 peratus adalah dikalangan orang muda antara usia 20 hingga 40 tahun.
Manakala 2/3 daripada kes tersebut adalah dalam kalangan lelaki.
“Justeru mari kita bersama-sama membenteras penularan penyakit ini dan tingkatkan pengetahuan tentang HIV dan AIDS.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
“Pelajarilah bagaimana HIV boleh merebak dan bagaimana untuk melindungi diri dari dijangkiti,” katanya.
Setiap tahun Hari AIDS Sedunia disambut pada 1 Disember.