Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


32 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah di bandaraya
Published on: Sunday, December 08, 2019
By: Sherell Jeffrey
Text Size:

32 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah di bandaraya
KOTA KINABALU: Polis Bandaraya menahan 32 orang, berumur antara 18 hingga 57 tahun, atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya dalam tempoh seminggu sejak 30 November lepas.

Penangkapan itu terdiri daripada dua kerana mengedar dadah, tiga memiliki dadah dan 27 lagi kerana penyalahgunaan bahan kimia itu.

Ini susulan 18 serbuan dijalankan dalam tempoh itu dalam usaha bagi mengenal pasti dan mengambil tindakan ke atas anggota sindiket dadah, termasuk mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan bahan kimia terbabit.

Pemangku Ketua Polis Bandaraya Supt George Abd Rakman dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu, berkata sejumlah 58.01 gram syabu dan 2.40 gram pil ekstasi bernilai RM8,925 turut dirampas.

Dalam Serbuan (Ops Sarang) terbaru yang dijalankan pada 3 Disember dan 6 Disember di Sinsuran dan Kg Likas, katanya, sejumlah lapan orang dikumpul untuk pemeriksaan, yang membawa kepada penangkapan tujuh orang atas pelbagai kesalahan dadah.

Pada 5 Disember, kira-kira 101 orang termasuk wanita, dikumpulkan untuk pemeriksaan ketika Ops Ice Breaker. Serbuan itu menyaksikan 10 orang ditahan atas pelbagai kesalahan dadah.

George berkata usaha untuk memerangi dadah dan salah guna bahan kimian itu di bandaraya akan diteruskan dari masa ke masa.

Beliau menggesa mereka yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti seumpama itu agar menghubungi Hotline mereka di 088-529220 atau menerusi laman Facebook mereka di Polis Daerah Kota Kinabalu.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here